Catatan Ringkas di Jepun

- Sesiapa ke Ueno, jangan lupa rasa kebab 500 yen.

- Saya tidak suka bertanya ataupun terserempak dengan polis Jepun. Mereka suka tahan dan minta passport. Pernah satu ketika, saya berlalu begitu sahaja apabila ditahan, membiarkan teman lain diperiksa passport mereka.

- Beli ‘one-day ticket’ jika mahu berjalan banyak tempat di Jepun. Harganya 710 yen dan 1000 yen, bergantung kepada rangakaian mana yang kita mahu guna.

- Antara tempat menarik bagi membeli cenderamata adalah Ueno dan Asakusa.

- Sempat solat di Masjid Dar al-Arqam di Asakusa. Alhamdulillah, rasa sejuk hati apabila jumpa masjid walaupun terpaksa mencari lama.

- Pengangkutan utama di Jepun adalah tren.

- Kebanyakan rakyat Jepun berbadan kurus dan sederhana kerana banyak berjalan dan berbasikal.

- Nasi boleh dibeli di Family Mart dan Ampm. Saya lebih suka beli di Ampm kerana akan dipanaskan apabila dipesan. Nasi itu kemudiannya dimakan dengan lauk yang dibawa dari Malaysia seperti serunding, sambal ikan bilis, makanan dalam tin dan lain-lain.

Yahamim: Suka dapat ke Jepun.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment