Feb 27
Penulis sedang menikmati kebab campur (daging dan ayam) cili 2X berharga 500 yen di Ueno. Ittadakimas!
Sakura sudah mula berbunga. Riangnya penulis bergambar.
Penulis bergambar setelah selesai solat Zohor. Sementara menunggu waktu Asar, penulis sempat bergambar. Masjid ini kecil sahaja, berada di deretan kedai dan premis lain. Namanya Masjid Dar al-Arqam. Kira-kira berjalan selama 30 minit dari [...] [...more]

Penulis sedang menikmati kebab campur (daging dan ayam) cili 2X berharga 500 yen di Ueno. Ittadakimas!

Sakura sudah mula berbunga. Riangnya penulis bergambar.

Penulis bergambar setelah selesai solat Zohor. Sementara menunggu waktu Asar, penulis sempat bergambar. Masjid ini kecil sahaja, berada di deretan kedai dan premis lain. Namanya Masjid Dar al-Arqam. Kira-kira berjalan selama 30 minit dari stesen Minami-senju.
Yahamim: Pertama kali solat di masjid di Jepun.
Feb 27
- Sesiapa ke Ueno, jangan lupa rasa kebab 500 yen.
- Saya tidak suka bertanya ataupun terserempak dengan polis Jepun. Mereka suka tahan dan minta passport. Pernah satu ketika, saya berlalu begitu sahaja apabila ditahan, membiarkan teman lain diperiksa passport mereka.
- Beli ‘one-day ticket’ jika mahu berjalan banyak tempat di Jepun. Harganya 710 yen dan 1000 [...] [...more]
- Sesiapa ke Ueno, jangan lupa rasa kebab 500 yen.
- Saya tidak suka bertanya ataupun terserempak dengan polis Jepun. Mereka suka tahan dan minta passport. Pernah satu ketika, saya berlalu begitu sahaja apabila ditahan, membiarkan teman lain diperiksa passport mereka.
- Beli ‘one-day ticket’ jika mahu berjalan banyak tempat di Jepun. Harganya 710 yen dan 1000 yen, bergantung kepada rangakaian mana yang kita mahu guna.
- Antara tempat menarik bagi membeli cenderamata adalah Ueno dan Asakusa.
- Sempat solat di Masjid Dar al-Arqam di Asakusa. Alhamdulillah, rasa sejuk hati apabila jumpa masjid walaupun terpaksa mencari lama.
- Pengangkutan utama di Jepun adalah tren.
- Kebanyakan rakyat Jepun berbadan kurus dan sederhana kerana banyak berjalan dan berbasikal.
- Nasi boleh dibeli di Family Mart dan Ampm. Saya lebih suka beli di Ampm kerana akan dipanaskan apabila dipesan. Nasi itu kemudiannya dimakan dengan lauk yang dibawa dari Malaysia seperti serunding, sambal ikan bilis, makanan dalam tin dan lain-lain.
Yahamim: Suka dapat ke Jepun.