Menjalankan Tanggungjawab Tidak Menjamin Kebahagiaan

Mengikut sangkaan kebanyakan orang, apabila suami dan isteri sudah sama-sama melaksanakan semua tanggungjawab masing-masing, maka akan terciptalah kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.

Lazimnya banyak orang percaya bahawa yang sebaliknya juga begitu, yakni sesuatu perkahwinan itu tidak bahagia disebabkan ada pihak yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Tetapi, kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi perhubungan mendapati sangkaan begitu tidak benar.

Dalam kajian yang mereka jalankan ke atas pasangan-pasangan yang tidak bahagia, mereka mendapati banyak di kalangan para suami dan isteri-isteri yang tidak bahagia adalah terdiri daripada individu-individu yang sangat bertanggungjawab.

Jadi, sangkaan bahawa suami yang bertanggungjawab akan bahagia adalah sangkaan yang salah.

Keadaan yang serupa juga boleh berlaku di kalangan isteri. Ramai isteri hidup tidak bahagia walaupun mereka menunaikan semua tanggungjawab mereka dengan sepenuhnya.

Malah banyak pasangan tidak berasa bahagia walaupun mereka sama-sama sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali.

Dipetik daripada Facebook Pengerusi PTS.

Yahamim: Apa yang penting puas hati.

2 Comments »

  • 1

    Apa yang penting? Kerjasama… (^_~)

    Comment by YaQeen Ahmad — February 25, 2010 @ 9:56 am

  • 2

    Hi, I’m very interested in Linux but Im a Super Newbie and I’m having trouble deciding on the right distribution for me (Havent you heard this a million times?) anyway here is my problem, I need a distribution that can switch between reading and writing in English and Japanese (Japanese Language Support) with out restarting the operating system.

    Comment by Emily N. — June 9, 2010 @ 5:25 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment