Salam Ya Hamim


Pesan Bestari


Feb 25

Ini adalah beberapa pesan daripada Pengerusi PTS yang bagus dijadikan panduan hidup.

1. Dalam dunia penulisan, ada pepatah Tamil yang relevan iaitu, “Sebatang pokok getah tidak akan menjadi satu estet.” Maksudnya, kalau cuma ada sebuah buku yang terbit, kita tidak akan kaya.

2. Satu lagi pepatah Tamil yang saya pegang sebagai penguat semangat: “Pokok yang buahnya manis sahaja dibaling orang….”

3. Saya mempunyai beberapa mentor bisnes bangsa Cina. Salah seorang pernah berpesan kepada saya supaya jangan sekali-kali bercakap buruk tentang sesiapa apabila berbual-bual dengan orang. Lalu beliau menyebut sepotong pepatah Cina, “Baik-baik bercakap buruk tentang orang. Kita tidak tahu siapa TITON dengan siapa.” (Titon = tidur).

Yahamim: Yang baik berterusan.

Comments (0)

Menjalankan Tanggungjawab Tidak Menjamin Kebahagiaan


Feb 25

Mengikut sangkaan kebanyakan orang, apabila suami dan isteri sudah sama-sama melaksanakan semua tanggungjawab masing-masing, maka akan terciptalah kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.

Lazimnya banyak orang percaya bahawa yang sebaliknya juga begitu, yakni sesuatu perkahwinan itu tidak bahagia disebabkan ada pihak yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Tetapi, kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi perhubungan mendapati sangkaan begitu tidak benar.

Dalam kajian yang mereka jalankan ke atas pasangan-pasangan yang tidak bahagia, mereka mendapati banyak di kalangan para suami dan isteri-isteri yang tidak bahagia adalah terdiri daripada individu-individu yang sangat bertanggungjawab.

Jadi, sangkaan bahawa suami yang bertanggungjawab akan bahagia adalah sangkaan yang salah.

Keadaan yang serupa juga boleh berlaku di kalangan isteri. Ramai isteri hidup tidak bahagia walaupun mereka menunaikan semua tanggungjawab mereka dengan sepenuhnya.

Malah banyak pasangan tidak berasa bahagia walaupun mereka sama-sama sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali.

Dipetik daripada Facebook Pengerusi PTS.

Yahamim: Apa yang penting puas hati.

Comments (2)