Sarapan Pagi Pengembara

Malam tadi saya ambil kesempatan sedut angin malam di Jepun. Saya lihat pohon sakura belum pun mula menunjukkan tanda-tanda akan berbunga. Mungkin sakura yang kawan saya lihat itu pohon yang baru mula belajar hendak berbunga. Subhanallah.

Pagi kedua di Jepun disambut dengan perut yang lapar. Penulis mula terfikir apa sarapan terbaik untuk hari ini. Penulis buka beg dan lihat bekalan yang dibawa lalu tersenyum lebar.

Sarapan pagi pengembara hari ini adalah dua keping roti dimakan bersama-sama serunding ayam. Tekak yang haus dipuaskan dengan meneguk yogurt berperisa kiwi. Mungkin ini boleh dijadikan panduan semasa membuat persiapan bekalan makanan oleh mereka yang akan ke luar negara. Boleh bawa telur rebus beberapa biji dan minuman segera dalam bentuk sacket.

Yahamim: Cepat lapar apabila sejuk.

3 Comments »

  • 1

    apa plan hujung minggu? dah amik lom buku tokyo kat kak hasnah?

    akak cadangkan hari sabtu gi asakusa lawat sensoji tample. bleh amik train kat uchida station (bersebelahan dengan sekiya station). jgn beli souvenir kat gerai yang berdekatan dengan tample. beli kat gerai yang jauh dari tample bleh dapat murah sket. pastu bleh amik train sambung gi ueno. kat sini baju bundle, kasut dan minyak wangi murah2. pandai2 laa cari. jgn lupa try kebab 500 yen. hard rock cafe pun ada kat ueno tapi aritu akak tak jumpa.

    jgn lupa gi odaiba tempat mini statue of liberty. seeloknya pergi petang bleh tengok matahari terbenam. tunggu malam sket bleh nampak rainbow bridge.

    tokyo tower gi waktu malam. time siang nampak besi jerk tak syok. lagi satu souvenir murah di harajuku cari kedai oriental bazaar. turun kat station meiji jinggumae. jalan kaki sket cari condomania. kat mesia tadek kedai nih. pastu jalan sket ada kiddy world. menarik untuk budak2. selang beberapa kedai bleh jumpa oriental bazaar. kalau tanya orang tempatan derang tak tau oriental bazaar tapi kalau kiddy world derang tau.

    selamat berjalan2. cuba2 laa makanan orang sana. lunch box lauk ikan 500yen bleh beli kat kasumigaseki building.

    disneyland dok tengok dari luar jerk laa… nak masuk mahal. nak main pun tak sempat orang ramai sangat.

    eh… mcm tourist guide gitu. kirim salam kat pokcik 7eleven kitasenju tu yer.

    Comment by bibimie — February 24, 2010 @ 5:09 pm

  • 2

    Terkial-kial merancang cuti hujung minggu. Terima kasih atas info, sangat berguna buat saya yang KURANG PENGALAMANAN huhu.

    Comment by hamimnasoha — February 24, 2010 @ 5:51 pm

  • 3

    Hi, I’m very interested in Linux but Im a Super Newbie and I’m having trouble deciding on the right distribution for me (Havent you heard this a million times?) anyway here is my problem, I need a distribution that can switch between reading and writing in English and Japanese (Japanese Language Support) with out restarting the operating system.

    Comment by Emily N. — June 9, 2010 @ 5:25 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment