Sarapan Pagi Pengembara
Feb 24
Malam tadi saya ambil kesempatan sedut angin malam di Jepun. Saya lihat pohon sakura belum pun mula menunjukkan tanda-tanda akan berbunga. Mungkin sakura yang kawan saya lihat itu pohon yang baru mula belajar hendak berbunga. Subhanallah.
Pagi kedua di Jepun disambut dengan perut yang lapar. Penulis mula terfikir apa sarapan terbaik untuk hari ini. Penulis buka beg dan lihat bekalan yang dibawa lalu tersenyum lebar.
Sarapan pagi pengembara hari ini adalah dua keping roti dimakan bersama-sama serunding ayam. Tekak yang haus dipuaskan dengan meneguk yogurt berperisa kiwi. Mungkin ini boleh dijadikan panduan semasa membuat persiapan bekalan makanan oleh mereka yang akan ke luar negara. Boleh bawa telur rebus beberapa biji dan minuman segera dalam bentuk sacket.
Yahamim: Cepat lapar apabila sejuk.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz