Cikgu Ha Dibius Cinta

Rupa-rupanya sifat kalis provokasi cinta yang dimiliki Cikgu Ha tidak sekuat mana. Akhirnya Cikgu Ha kalah dengan perasaan sendiri. Cikgu Ha akur juga yang penulis dapat menghidu yang beliau bakal mendirikan rumah tangga. Walau apa pun penulis puji sikap Cikgu Ha yang tidak menjaja cerita peribadi. Apabila semuanya sudah sahih baru dia buka mulut bercerita.

Tarikh perkahwinan Cikgu Ha sudah hampir sangat. Menghitung hari orang kata. Penulis ingin tahu apa dalam fikirannya sekarang. Penulis melontarkan pertanyaan, “Bagaimana perasaan kamu sekarang?”

Cikgu Ha menelan air liur dan berfikir panjang. “Sebulan yang lepas, memang pelbagai perasaan yang melanda. Ada keliru, ada libang-libu, ada juga haru-biru.”

Penulis tekun mendengar. Penulis menoleh sekilas wajah Cikgu Ha yang semakin naik serinya.

Cikgu Ha menyambung, “Alhamdulillah sekarang semua perasaan itu sudah reda. Saya tenang sedikit. Saya seperti dibius.”

Penulis mengangkat kening, “Dibius?”

“Keadaan saya seperti orang yang akan menjalani pembedahan. Mula-mula memang takut tetapi apabila hampir masa dibedah, kita akan dibius. Oleh itu kita berasa kebas dan apabila dibedah nanti tidak sakit sangat.”

“Begitukah?”

“Saya hanya perlu tenang dan yakin kepada doktor dan pembantu perubatan. Mereka buat yang terbaik untuk saya. Dalam situasi saya yang bakal berkahwin, di sekeliling saya ada keluarga dan sahabat handai. Asal saya dan bakal pasangan bersedia, mereka juga sedia membantu apa yang terdaya.”

Penulis tersandar. Hebat juga analogi yang diberikan oleh Cikgu Ha. Maklum sahaja, bekas guru memang panjang akal dan tajam fikirannya.

Yahamim: Kebas dibius.

6 Comments »

  • 1

    Salam sejahtera. Dari Awal sudah saya ketahui, siapakah identiti sebenar cikgu Ha itu walaupun penulis tidak pernah mendedahkannya. Wassalam.

    Comment by Haniza_hrd — February 1, 2010 @ 11:39 am

  • 2

    Cikgu Ha sahabat karib saya :-)

    Comment by hamimnasoha — February 1, 2010 @ 2:16 pm

  • 3

    Mungkin ini adalah monolog.
    Dua watak dalam diri yang satu. :)

    Comment by Hafiz — February 2, 2010 @ 8:46 am

  • 4

    Kronik masalah tu. Itu namanya skizofrenia (betul ke ejaan?). Kena cepat-cepat jumpa doktor.

    Comment by hamimnasoha — February 2, 2010 @ 9:10 am

  • 5

    Benar sungguh kata sdr hafiz. 2 watak dalam diri yang satu. Harapnya tuan hamim dapat menjadi diri yang sebenarnya selepas ini. Bahaya! Kerana penghidap penyakit ini lazimnya tidak dapat menerima hakikat dirinya yang sebenar. Benarkah? Tuan penulis sahaja yang tahu..
    Betul tu tuan hamim, tuan perlu berjumpa doktor. Cuma, tuan tak perlu cari doktor dihospital rasanya. Doktor penyeri diri tak sampai seminggu lagi akan tiba.. =)Maaf ya, gurauan untuk bakal pengantin..

    Comment by Haniza_hrd — February 2, 2010 @ 4:50 pm

  • 6

    wah! sekalung tahniah dan takziah kepada ‘cikgu ha’ dan penulis. Semoga Allah memberkati ikatan kalian :)

    Comment by miji — February 4, 2010 @ 1:15 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment