Salam Ya Hamim
Feb 27
Penulis sedang menikmati kebab campur (daging dan ayam) cili 2X berharga 500 yen di Ueno. Ittadakimas!
Sakura sudah mula berbunga. Riangnya penulis bergambar.
Penulis bergambar setelah selesai solat Zohor. Sementara menunggu waktu Asar, penulis sempat bergambar. Masjid ini kecil sahaja, berada di deretan kedai dan premis lain. Namanya Masjid Dar al-Arqam. Kira-kira berjalan selama 30 minit dari [...] [...more]

Penulis sedang menikmati kebab campur (daging dan ayam) cili 2X berharga 500 yen di Ueno. Ittadakimas!

Sakura sudah mula berbunga. Riangnya penulis bergambar.

Penulis bergambar setelah selesai solat Zohor. Sementara menunggu waktu Asar, penulis sempat bergambar. Masjid ini kecil sahaja, berada di deretan kedai dan premis lain. Namanya Masjid Dar al-Arqam. Kira-kira berjalan selama 30 minit dari stesen Minami-senju.
Yahamim: Pertama kali solat di masjid di Jepun.
Feb 27
- Sesiapa ke Ueno, jangan lupa rasa kebab 500 yen.
- Saya tidak suka bertanya ataupun terserempak dengan polis Jepun. Mereka suka tahan dan minta passport. Pernah satu ketika, saya berlalu begitu sahaja apabila ditahan, membiarkan teman lain diperiksa passport mereka.
- Beli ‘one-day ticket’ jika mahu berjalan banyak tempat di Jepun. Harganya 710 yen dan 1000 [...] [...more]
- Sesiapa ke Ueno, jangan lupa rasa kebab 500 yen.
- Saya tidak suka bertanya ataupun terserempak dengan polis Jepun. Mereka suka tahan dan minta passport. Pernah satu ketika, saya berlalu begitu sahaja apabila ditahan, membiarkan teman lain diperiksa passport mereka.
- Beli ‘one-day ticket’ jika mahu berjalan banyak tempat di Jepun. Harganya 710 yen dan 1000 yen, bergantung kepada rangakaian mana yang kita mahu guna.
- Antara tempat menarik bagi membeli cenderamata adalah Ueno dan Asakusa.
- Sempat solat di Masjid Dar al-Arqam di Asakusa. Alhamdulillah, rasa sejuk hati apabila jumpa masjid walaupun terpaksa mencari lama.
- Pengangkutan utama di Jepun adalah tren.
- Kebanyakan rakyat Jepun berbadan kurus dan sederhana kerana banyak berjalan dan berbasikal.
- Nasi boleh dibeli di Family Mart dan Ampm. Saya lebih suka beli di Ampm kerana akan dipanaskan apabila dipesan. Nasi itu kemudiannya dimakan dengan lauk yang dibawa dari Malaysia seperti serunding, sambal ikan bilis, makanan dalam tin dan lain-lain.
Yahamim: Suka dapat ke Jepun.
Feb 26
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Nabi akhir zaman yang memberi syafaat kepada sekelian umat Islam.
Mudah-mudahan kasih dan cinta Allah kepada baginda turut melimpah kepada kita.
Banyakkan berselawat ke atas baginda, mudah-mudahan kita beroleh berkat dan syafaat.
Selamat menyambut maulidur rasul 1431H.
Yahamim: Suka berselawat.
[...more]

Feb 25
Ini adalah beberapa pesan daripada Pengerusi PTS yang bagus dijadikan panduan hidup.
1. Dalam dunia penulisan, ada pepatah Tamil yang relevan iaitu, “Sebatang pokok getah tidak akan menjadi satu estet.” Maksudnya, kalau cuma ada sebuah buku yang terbit, kita tidak akan kaya.
2. Satu lagi pepatah Tamil yang saya pegang sebagai penguat semangat: “Pokok yang buahnya manis [...] [...more]
Ini adalah beberapa pesan daripada Pengerusi PTS yang bagus dijadikan panduan hidup.
1. Dalam dunia penulisan, ada pepatah Tamil yang relevan iaitu, “Sebatang pokok getah tidak akan menjadi satu estet.” Maksudnya, kalau cuma ada sebuah buku yang terbit, kita tidak akan kaya.
2. Satu lagi pepatah Tamil yang saya pegang sebagai penguat semangat: “Pokok yang buahnya manis sahaja dibaling orang….”
3. Saya mempunyai beberapa mentor bisnes bangsa Cina. Salah seorang pernah berpesan kepada saya supaya jangan sekali-kali bercakap buruk tentang sesiapa apabila berbual-bual dengan orang. Lalu beliau menyebut sepotong pepatah Cina, “Baik-baik bercakap buruk tentang orang. Kita tidak tahu siapa TITON dengan siapa.” (Titon = tidur).
Yahamim: Yang baik berterusan.
Feb 25
Mengikut sangkaan kebanyakan orang, apabila suami dan isteri sudah sama-sama melaksanakan semua tanggungjawab masing-masing, maka akan terciptalah kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.
Lazimnya banyak orang percaya bahawa yang sebaliknya juga begitu, yakni sesuatu perkahwinan itu tidak bahagia disebabkan ada pihak yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Tetapi, kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi perhubungan mendapati sangkaan begitu tidak [...] [...more]
Mengikut sangkaan kebanyakan orang, apabila suami dan isteri sudah sama-sama melaksanakan semua tanggungjawab masing-masing, maka akan terciptalah kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.
Lazimnya banyak orang percaya bahawa yang sebaliknya juga begitu, yakni sesuatu perkahwinan itu tidak bahagia disebabkan ada pihak yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Tetapi, kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi perhubungan mendapati sangkaan begitu tidak benar.
Dalam kajian yang mereka jalankan ke atas pasangan-pasangan yang tidak bahagia, mereka mendapati banyak di kalangan para suami dan isteri-isteri yang tidak bahagia adalah terdiri daripada individu-individu yang sangat bertanggungjawab.
Jadi, sangkaan bahawa suami yang bertanggungjawab akan bahagia adalah sangkaan yang salah.
Keadaan yang serupa juga boleh berlaku di kalangan isteri. Ramai isteri hidup tidak bahagia walaupun mereka menunaikan semua tanggungjawab mereka dengan sepenuhnya.
Malah banyak pasangan tidak berasa bahagia walaupun mereka sama-sama sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali.
Dipetik daripada Facebook Pengerusi PTS.
Yahamim: Apa yang penting puas hati.
Feb 24
Malam tadi saya ambil kesempatan sedut angin malam di Jepun. Saya lihat pohon sakura belum pun mula menunjukkan tanda-tanda akan berbunga. Mungkin sakura yang kawan saya lihat itu pohon yang baru mula belajar hendak berbunga. Subhanallah.
Pagi kedua di Jepun disambut dengan perut yang lapar. Penulis mula terfikir apa sarapan terbaik untuk hari ini. Penulis buka [...] [...more]
Malam tadi saya ambil kesempatan sedut angin malam di Jepun. Saya lihat pohon sakura belum pun mula menunjukkan tanda-tanda akan berbunga. Mungkin sakura yang kawan saya lihat itu pohon yang baru mula belajar hendak berbunga. Subhanallah.
Pagi kedua di Jepun disambut dengan perut yang lapar. Penulis mula terfikir apa sarapan terbaik untuk hari ini. Penulis buka beg dan lihat bekalan yang dibawa lalu tersenyum lebar.
Sarapan pagi pengembara hari ini adalah dua keping roti dimakan bersama-sama serunding ayam. Tekak yang haus dipuaskan dengan meneguk yogurt berperisa kiwi. Mungkin ini boleh dijadikan panduan semasa membuat persiapan bekalan makanan oleh mereka yang akan ke luar negara. Boleh bawa telur rebus beberapa biji dan minuman segera dalam bentuk sacket.
Yahamim: Cepat lapar apabila sejuk.
Feb 23
Penulis sangat teruja dengan peluang yang diperolehi bagi melawat negara Jepun. Bermula 23 Feb hingga 4 Mac, penulis berada di sana bagi mengikuti kursus sambil melancong. Doakan kesejahteraan dan kesihatan penulis sepanjang di sana. Doakan juga insan tersayang yang penulis tinggalkan sekejap di Malaysia juga sihat dan sejahtera.
Yahamim: Salji tiada, tetapi sakura mula menguntum.

Feb 12
Khamis, 11 Februari, penulis menghadiri temuduga kerja. Soalan pertama, “Describe about yourself.”
Soalan dalam bahasa Inggeris itu penulis jawab dalam bahasa Melayu malah penulis bantai cakap Melayu sampai habis. Penemuduga tidak membantah tetapi melopong mendengar jawapan penulis yang penuh dengan cerita yang menarik minat mereka.
Yahamim: Suka cakap bahasa Melayu.

Salah satu tingkah laku perempuan yang merimaskan lelaki adalah perbuatan mahu mengawal pergerakan suaminya. Puncanya, perempuan cuba menghalang suami daripada melakukan perbuatan yang tidak disukai kerana perempuan sentiasa mempunyai rasa kurang selamat. Sebagai contoh, perempuan cuba menghalang suami daripada melayan perempuan disebabkan mereka takut kehilangan suami.
Sumber: Facebook Puan Ainon
Yahamim: Rimas apabila rimas

Feb 03
Kajian mendapati pihak yang berasa dirinya tidak menerima layanan setimpal lebih cenderung memulakan konflik dan tidak mahu mengalah. Disebabkan kebanyakan isteri berasa mereka tidak dilayan dengan setimpal, kajian mendapati perempuan lebih banyak memulakan konflik daripada lelaki. Motif perempuan memulakan konflik ada lah bagi mendapatkan layanan yang lebih setimpal daripada suami.
Sumber: Facebook Puan Ainon
Yahamim: Mahu beri [...] [...more]

Yahamim: Mahu beri layanan setimpal