Berikut disenaraikan kata “kahwin” dalam ungkapan Melayu
Kahwin-mawin maksudnya berbagai-bagai jenis keramaian perkahwinan.
Kahwin lari maksudnya perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dengan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan ataupun direstui oleh kaum keluarga.
Kahwin gantung maksudnya kahwin atau nikah yang sudah sah di sisi agama tetapi kedua-dua suami isteri belum tinggal bersama.
Kahwin andar maksudnya kahwin dengan seseorang dengan tidak mengeluarkan apa-apa belanja.
Kahwin paksa maksudnya kahwin tidak dengan suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dan lain-lain).
Cincin kahwin maksudnya cincin yang diberikan oleh suami kepada isteri pada waktu perkahwinan.
Hantaran kahwin maksudnya wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mentua bagi perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus.
Mas kahwin maksudnya pemberian wajib yang berupa wang, al-Quran dan sebagainya oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa upacara akad nikah, mahar.
Yahamim: Mahu kahwin sukarela.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
saya tidak pernah memaksa =)
Comment by 'uyun — February 1, 2010 @ 6:36 pm
‘uyun ada paksa sesiapa? Huhu…
Comment by hamimnasoha — February 2, 2010 @ 8:00 am
tak lama lagi dengar bunyi kompang. selamat untuk bakal pengantin.
Comment by bibimie — February 4, 2010 @ 12:47 pm