Kata ‘kaparinyo‘ bermaksud apa khabarnya. Kata ini adalah kata dalam bahasa Minangkabau.
Orang berinai berhitam kuku,
Mandi dijirus si air mawar;
Jikalau sampai hasrat hatiku,
Racun ku minum jadi penawar.
Belum tersurat dalam hikayat,
Ayam keluar mencari musang;
Belum tersirat di dalam adat,
Bunga keluar mencari kumbang.
Semenjak lembah bertambah dalam,
Nampaknya gunung tinggi bertuah;
Semenjak sejarah Hawa dan Adam,
Alam berkembang berubah-ubah.
Hasrat nak beli dulang bertepi,
Barulah molek untuk hidangan;
Hajat nak cari yang sama sehati,
Barulah molek makan sepinggan.
Sungguhlah harum si bunga tanjung,
Hati nak petik si bunga mawar;
Rindu dan dendam tidak tertanggung,
Budi setitik jadi penawar.
Sungguh melati senang dipetik,
Harumnya mashyur seluruh alam;
Sungguhpun budi hanya setitik,
Langit dan bumi ada di dalam.
Yahamim: Sihat selalu.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
Hamim,
Indahnya bahasa.
p/s: Kongsilah ilmu KJ method yang anda hadiri minggu sudah. Terpaksa meninggalkan kelas pula tempoh hari kerana menerima berita kematian. Terima kasih.
Comment by Mus Dahlan — January 27, 2010 @ 4:44 pm
Jangan salah faham, ini lirik lagu bukan hasil tulisan saya.
Pasal KJ Method, saya tidak boleh janji apa-apa tetapi saya usahakan juga.
Comment by hamimnasoha — January 29, 2010 @ 8:27 am
KJ method? aa… nak tau jugak. rajin betul gi blajar2 nih yer…
oohh… selamat bercuti kawen dan bulan madu di jepun.
Comment by bibimie — January 29, 2010 @ 10:17 am