Suaka
Nov 16
Warna-Warni Bahasa: “Yang Indah Itu Bahasa”
Apakah maksud suaka?
A. Politik
B. Puaka
C. Perlindungan
D. Pusaka
Yahamim: Suaka? Suaka? Suaka?
Nov 16
Warna-Warni Bahasa: “Yang Indah Itu Bahasa”
Apakah maksud suaka?
A. Politik
B. Puaka
C. Perlindungan
D. Pusaka
Yahamim: Suaka? Suaka? Suaka?
Nov 16
Heboh rakyat Indonesia mendakwa tempe dan batik dirampas oleh negara lain kerana dipatenkan. Perkara ini boleh dilihat pada penulisan di blog-blog milik warga Indonesia. Ada yang marah melulu tanpa menyiasat hujung pangkal. Mereka terus marah-marah tanpa usul periksa. Akibatnya mereka jadi bahan gelak ketawa orang yang celik harta intelek.
Persoalannya bolehkah tempe dan batik dipatenkan? Yang jelas tidak boleh kerana syarat sesuatu reka cipta adalah ia mestilah baru. Kedua-duanya tidak baru, maka jelas tidak boleh dipatenkan. Penjelasan lanjut saya sertakan di bawah.
Kita mulakan dengan tempe. Tempe itu sendiri sebagai makanan tidak boleh dipatenkan kerana tidak baru. Tetapi jika ada penemuan baru cara-cara membuat tempe dengan cara moden, ia boleh dipatenkan. Contohnya, saintis berjaya menemui enzim atau pemangkin yang boleh mempercepatkan proses dan hasilnya lebih berkhasiat, ia boleh dipatenkan. Tegasnya, yang dipatenkan adalah kaedah pembuatan, bukan tempe itu sendiri.
Berkenaan batik pula, ia tidak menepati takrif reka cipta. Reka cipta bermaksud sesuatu rekaan yang mampu menyelesaikan masalah tertentu dan bidang teknologi tertentu. Batik hanyalah pakaian dan lebih kepada ekspresi citarasa pemakai, ia langsung tidak menyelesaikan sebarang masalah. Jelaslah ia tidak boleh dipatenkan. Namun corak-corak batik yang dihasilkan boleh didaftarkan di bawah reka bentuk industri asalkan ia rekaan baru dan authentic atau tersendiri.
Pedagang tempe dan batik boleh mendaftarkan jenama mereka di bawah cap dagang. Dengan itu mereka bebas berdagang seperti menghasilkan produk, menjual, mengedar, memborong dan sebagainya menggunakan jenama mereka sendiri. Dengan ini diharapkan semua jelas bahawa isu tempe dan batik yang dipatenkan bukanlah soal yang relevan dibesar-besarkan. Ia hanyalah isu yang timbul akibat kekeliruan dan kurang jelas dengan sistem perlindungan harta intelek.
Yahamim: Suka makan tempe dan pakai baju batik.