Nov 23
Buku lima maksudnya a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya.
Ulat buku maksudnya seseorang yang sangat rajin membaca buku.
Buku bertemu ruas maksudnya sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya.
Kata orang arif, “Apabila engkau mendapat wang, belikan emas; jualkan emas itu, belian intan; jualkan intan, belikan manikam; jualkan manikam, belikan buku [...] [...more]

Buku lima maksudnya a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya.
Ulat buku maksudnya seseorang yang sangat rajin membaca buku.
Buku bertemu ruas maksudnya sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya.
Kata orang arif, “Apabila engkau mendapat wang, belikan emas; jualkan emas itu, belian intan; jualkan intan, belikan manikam; jualkan manikam, belikan buku (ilmu).”
Yahamim: Suka baca, tulis dan edit buku.
Nov 22
Dr. Yoshiro Nakamats adalah salah seorang inventor atau pereka cipta Jepun yang berjaya. Sehingga kini beliau memegang hak paten terhadap reka ciptanya yang berjumlah lebih 3,000 paten. Beliau masih sihat dan aktif mereka cipta.
Beliau mempunyai cara tersendiri bagi mencetus kreativiti.
1. Static Room
Sebelum memulakan kerja, beliau akan masuk ke static room. Keadaan bilik itu sangat tenang [...] [...more]

Dr. Yoshiro Nakamats adalah salah seorang inventor atau pereka cipta Jepun yang berjaya. Sehingga kini beliau memegang hak paten terhadap reka ciptanya yang berjumlah lebih 3,000 paten. Beliau masih sihat dan aktif mereka cipta.
Beliau mempunyai cara tersendiri bagi mencetus kreativiti.
1. Static Room
Sebelum memulakan kerja, beliau akan masuk ke static room. Keadaan bilik itu sangat tenang dan senyap. Ia hanya dipenuhi dengan unsur-unsur semula jadi seperi batu-batu sungai, air yang mengalir dan pokok, tiada besi dan konkrit. Ini membolehkannya menenangkan fikiran supaya ilham baru mudah datang.
2. Dynamic Room
Selesai di static room, beliau beralih ke dynamic room. Bilik ini gelap dengan cat berbelang hitam-putih dan perabot kulit. Di sini beliau memasang peralatan khas audio dan video. Dipasang juga speaker khas dengan julat frekuensi 12 hingga 40 kHz. Beliau akan mendengar muzik jazz kemudian beralih ke muzik yang easy listening. Sesi ini wajib ditutup dengan lagu Beethoven’s 5th Symphony.
3. Creative Swimming
Beliau sangat gemar berenang dan itu dijadikan salah satu rutin kreatifnya. Bagi beliau, otaknya benar-benar terangsang dan teruja apabila menyelam ke dasar kolam. Idea-idea yang datang dicatat dengan munggunakan alat tulis yang dinamakan plexiglas. Ia adalah ciptaannya khasnya sendiri.
Yahamim: Suka dengan idea kreatif.
Nov 22
Buat julung kalinya syarikat penerbit paling berjaya di Malaysia, PTS mengadakan peraduan “Saya Mahu Hadiah PTS-Baca dan Menang”. Hadiah yang ditawarkan lumayan-lumayan belaka. Sekarang ini musim cuti sekolah dan cuti semester bagi pelajar universiti. Sesuai sangatlah masa senggang yang ada diisi dengan membaca buku dan masuk peraduan. Untung sabut timbul, mana tahu boleh jadi salah [...] [...more]
Buat julung kalinya syarikat penerbit paling berjaya di Malaysia, PTS mengadakan peraduan “Saya Mahu Hadiah PTS-Baca dan Menang”. Hadiah yang ditawarkan lumayan-lumayan belaka. Sekarang ini musim cuti sekolah dan cuti semester bagi pelajar universiti. Sesuai sangatlah masa senggang yang ada diisi dengan membaca buku dan masuk peraduan. Untung sabut timbul, mana tahu boleh jadi salah seorang pemenang peraduan.
Beli buku berharga RM25 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM70,000!
Hadiah Utama:

Selain mendapat TV LG Plasma 42″, pemenang utama juga dapat buku-buku PTS bernilai RM10,000. Judul-judul yang disukai juga akan dipilih sendiri oleh pemenang. Pilih saja yang mana suka! Semuanya boleh dipilih sendiri hingga bernilai RM10,000.
Hadiah Pertama:

Pemenang tempat pertama pula akan menerima kamera video SONY. Buku-buku PTS bernilai RM8000 juga akan jadi milik pemenang.
Hadiah Kedua:

Hadiah kedua juga tidak kurang hebatnya. Mesti ramai nak memiliki laptop ACER ini. Tambah lumayan, pemenang tempat kedua juga dapat buku-buku PTS bernilai RM5000!
Hadiah Mingguan

Lihatlah betapa banyaknya hadiah-hadiah lumayan untuk pemenang mingguan:
(a) Minggu Pertama
1. iPod Touch 8GB + Buku PTS bernilai RM100
2. Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
3. Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
(b) Minggu Kedua
1. PSP + Buku PTS bernilai RM100
2. SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
3. Kamera Digital Canon Powershot A480 + Buku PTS bernilai RM100
(c) Minggu Ketiga
1. Acer Netbook Aspire One D250 + Buku PTS bernilai RM100
2. iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
3. PS2 + Buku PTS bernilai RM100
(d) Minggu Keempat
1. Nintendo Wii + Buku PTS bernilai RM100
2. Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
3. Kamera Digital Canon Powershot A480 + Buku PTS bernilai RM100
(e) Minggu Kelima
1. Nokia 5880 ExpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
2. PS2 + Buku PTS bernilai RM100
3. iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
(f) Minggu Keenam
1. Kamera Digital Canon Powershot A2100 IS + Buku PTS bernilai RM100
2. SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
3. Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
Beli buku PTS banyak-banyak dan simpan resitnya untuk masuk peraduan ya! Satu resit bernilai RM25 boleh dikepilkan dengan satu borang peraduan. Borang peraduan ini dengan mudah sahaja boleh didapati apabila membeli buku di kedai-kedai terkemuka MPH dan Popular.
Atau boleh download dan klik borang di sini.
Cara-cara Pertandingan
– Beli buku PTS bernilai RM25 dalam satu resit
– Isi borang dengan jawapan yang betul dan kepilkan resit
– Hantar borang ke dalam kotak peraduan @ poskan ke alamat yang tertera. Kotak peraduan PTS ini diletakkan di semua 200 buah kedai buku yang turut serta dalam peraduan ini, di seluruh negara. Masukkan borang-borang peraduan yang sudah tuan dan puan isi, dan masukkan ke dalam kotak ini.
Selain itu, petugas kedai-kedai buku juga akan memakai T-Shirt rasmi peraduan.
Yahamim: Sudah lama tidak masuk peraduan.
Nov 16
Warna-Warni Bahasa: “Yang Indah Itu Bahasa”
Apakah maksud suaka?
A. Politik
B. Puaka
C. Perlindungan
D. Pusaka
Yahamim: Suaka? Suaka? Suaka?
[...more]
Warna-Warni Bahasa: “Yang Indah Itu Bahasa”
Apakah maksud suaka?
A. Politik
B. Puaka
C. Perlindungan
D. Pusaka
Yahamim: Suaka? Suaka? Suaka?
Nov 16
Heboh rakyat Indonesia mendakwa tempe dan batik dirampas oleh negara lain kerana dipatenkan. Perkara ini boleh dilihat pada penulisan di blog-blog milik warga Indonesia. Ada yang marah melulu tanpa menyiasat hujung pangkal. Mereka terus marah-marah tanpa usul periksa. Akibatnya mereka jadi bahan gelak ketawa orang yang celik harta intelek.
Persoalannya bolehkah tempe dan batik dipatenkan? Yang [...] [...more]
Heboh rakyat Indonesia mendakwa tempe dan batik dirampas oleh negara lain kerana dipatenkan. Perkara ini boleh dilihat pada penulisan di blog-blog milik warga Indonesia. Ada yang marah melulu tanpa menyiasat hujung pangkal. Mereka terus marah-marah tanpa usul periksa. Akibatnya mereka jadi bahan gelak ketawa orang yang celik harta intelek.
Persoalannya bolehkah tempe dan batik dipatenkan? Yang jelas tidak boleh kerana syarat sesuatu reka cipta adalah ia mestilah baru. Kedua-duanya tidak baru, maka jelas tidak boleh dipatenkan. Penjelasan lanjut saya sertakan di bawah.
Kita mulakan dengan tempe. Tempe itu sendiri sebagai makanan tidak boleh dipatenkan kerana tidak baru. Tetapi jika ada penemuan baru cara-cara membuat tempe dengan cara moden, ia boleh dipatenkan. Contohnya, saintis berjaya menemui enzim atau pemangkin yang boleh mempercepatkan proses dan hasilnya lebih berkhasiat, ia boleh dipatenkan. Tegasnya, yang dipatenkan adalah kaedah pembuatan, bukan tempe itu sendiri.
Berkenaan batik pula, ia tidak menepati takrif reka cipta. Reka cipta bermaksud sesuatu rekaan yang mampu menyelesaikan masalah tertentu dan bidang teknologi tertentu. Batik hanyalah pakaian dan lebih kepada ekspresi citarasa pemakai, ia langsung tidak menyelesaikan sebarang masalah. Jelaslah ia tidak boleh dipatenkan. Namun corak-corak batik yang dihasilkan boleh didaftarkan di bawah reka bentuk industri asalkan ia rekaan baru dan authentic atau tersendiri.
Pedagang tempe dan batik boleh mendaftarkan jenama mereka di bawah cap dagang. Dengan itu mereka bebas berdagang seperti menghasilkan produk, menjual, mengedar, memborong dan sebagainya menggunakan jenama mereka sendiri. Dengan ini diharapkan semua jelas bahawa isu tempe dan batik yang dipatenkan bukanlah soal yang relevan dibesar-besarkan. Ia hanyalah isu yang timbul akibat kekeliruan dan kurang jelas dengan sistem perlindungan harta intelek.
Yahamim: Suka makan tempe dan pakai baju batik.
Nov 15
Hidup sebagai lelaki bujang banyak cabarannya. Antara yang saya boleh senaraikan adalah lima persepsi bias terhadap lelaki bujang. Kadang-kadang terasa sakit hati tetapi telan sahajalah. Apabila dilawan semakin sakit hati jadinya.
1. Hidup Lelaki Bujang Tidak Terurus dan Kelam-Kabut
Apabila bangun lambat dan penampilan tidak terurus segera dinasihati, “Kahwinlah cepat.”
Apabila asyik berulang-alik menghantar pakaian ke dobi segera [...] [...more]
Hidup sebagai lelaki bujang banyak cabarannya. Antara yang saya boleh senaraikan adalah lima persepsi bias terhadap lelaki bujang. Kadang-kadang terasa sakit hati tetapi telan sahajalah. Apabila dilawan semakin sakit hati jadinya.
1. Hidup Lelaki Bujang Tidak Terurus dan Kelam-Kabut
Apabila bangun lambat dan penampilan tidak terurus segera dinasihati, “Kahwinlah cepat.”
Apabila asyik berulang-alik menghantar pakaian ke dobi segera dinasihati, “Kahwinlah cepat.”
Apabila sibuk cari kedai makan kerana lapar segera dinasihati, “Kahwinlah cepat.”
2. Hidup Lelaki Bujang Banyak Masa Lapang
Apabila kita ajak kawan kita keluar untuk tempoh yang lama jawapan mereka mudah, “Kamu bujang, bolehlah.” Jawapan lain pula, “Apabila sudah kahwin, nanti kamu tahulah.”
3. Lelaki Bujang Sentiasa Lapar dan Lahap
Semasa jamuan ataupun kenduri ayat seperti ini pasti keluar, “Orang bujang makan banyak-banyak sikit.” Nasi yang tadinya sedap tiba-tiba rasa kesat pula hendak ditelan. Timbul pertanyaan dalam hati, “Rupa aku nampak seperti orang kelaparankah?”
4. Lelaki Bujang Dipandang Tidak Matang dan Kebudak-budakan
Orang jarang hendak dengar pendapat lelaki bujang. Pendapat mereka secara automatik bertaraf kelas kedua. Mereka dianggap tidak matang sekaligus pendapatnya kebudak-budakan walaupun hakikat kadang-kadang umurnya sudah hampir 40 tahun. Hendak dilantik sebagai wakil masyarakat? Jangan haraplah.
5. Lelaki Bujang Tidak Fikir Masa Hadapan
Ayat pembunuh ini sering hinggap di cuping telinga, “Orang bujang tiada yang difikirkan. Yang dia tahu kerja, makan, tidur. Langsung tidak fikir masa hadapan.” Agaknya orang yang bercakap tidak tahu betapa lelaki bujang itu pecah kepala fikir cara majukan agama, masyarakat dan negara.
Yahamim: Berapa lama lagi membujang?
Nov 10
Warna-Warni Bahasa: “Yang Indah Itu Bahasa”
Apakah maksud langgam?
A. Legam
B. Adat
C. Langgar
D. Piagam
Contoh ayat: Negeri Sembilan mempunyai langgam yang unik berbanding negeri lain di Malaysia.
Yahamim: Suka dengan permainan bahasa.
[...more]
Warna-Warni Bahasa: “Yang Indah Itu Bahasa”
Apakah maksud langgam?
A. Legam
B. Adat
C. Langgar
D. Piagam
Contoh ayat: Negeri Sembilan mempunyai langgam yang unik berbanding negeri lain di Malaysia.
Yahamim: Suka dengan permainan bahasa.