Salam Ya Hamim
May 29
Agak lama saya tidak memeriksa e-mel Yahoo! Di sebalik timbunan emel up-date daripada friendster dan entah apa-apa lagi muncul gambar ini. Ia dihantar oleh orang yang banyak masa lapang semasa waktu kerja. Adakah patut dia panggil saya pakcik? Pakcik tidak kisah…
Yahamim: Pakcik kepada tiga orang anak saudara.
[...more]

![pakcik mane tah[1].. pakcik mane tah[1]..](http://yahamim.files.wordpress.com/2009/05/pakcik-mane-tah1.jpg)
Yahamim: Pakcik kepada tiga orang anak saudara.
May 28
Malam tadi Cikgu Ha makan malam bersama rakan serumahnya, Aim. Mereka makan di kedai (Cikgu Ha tidak tahu malas masak). Sambil itu dia mencucuk-cucuk Aim dengan isu kahwin.
Cikgu Ha bertanya, “Aim, bila kamu hendak kahwin? Kawan-kawan kita ramai yang bakal ramai kahwin tahun ini.”
Aim mula berpeluh menangkis terjahan. “Kita cerita di rumah. Sini tempat terbuka [...] [...more]
Malam tadi Cikgu Ha makan malam bersama rakan serumahnya, Aim. Mereka makan di kedai (Cikgu Ha tidak tahu malas masak). Sambil itu dia mencucuk-cucuk Aim dengan isu kahwin.
Cikgu Ha bertanya, “Aim, bila kamu hendak kahwin? Kawan-kawan kita ramai yang bakal ramai kahwin tahun ini.”
Aim mula berpeluh menangkis terjahan. “Kita cerita di rumah. Sini tempat terbuka selain suasananya bising.”
Cikgu Ha hanya angguk. Selesai makan, mereka pulang ke rumah. Cikgu Ha terus-terusan mengasak.
Aim memberi alasan, “Saya belum sedia memikirkannya.”
Balas Cikgu Ha, “Semasa di universiti, kita boleh extend. Kalau soal kahwin, kamu extend sampai umur 50 sekali pun orang tetap bertanya bila kamu hendak kahwin.”
Suara Aim berubah, sedikit getar. Matanya berkaca. “Saya tidak pernah menjalin hubungan rapat dengan wanita. Saya tidak tahu hendak mula di mana.”
Perbualan di teruskan (terpaksa ditapis kerana terlalu peribadi).
Akhirnya Aim berkata, “Nanti saya bincangkan dengan keluarga. Tetapi saya rasa berat untuk buka mulut.”
Cikgu Ha menabur nasihat, “Cerita atau bincanglah dengan kawan. Saya sendiri rasa susah untuk bercerita dengan teliti hal-hal begini pada keluarga. Dengan kawan kita rasa lebih terbuka untuk bercerita.”
Aim mengesat peluh dingin.
Cikgu Ha menyambung, “Ini bukan membelakangkan mereka. Hati seorang lelaki mempunyai tiga ruang untuk dipenuhi; keluarga, kawan dan isteri. Kita boleh pilih mana-mana saluran untuk berkongsi masalah dan cerita.”
“Saya setuju.”
“Atas dasar itulah, sebaik mana pun hubungan kita dengan keluarga dan kawan, kita tetap akan rasa kosong tanpa perkahwinan. Tambahan lagi tanggungjawab anak lelaki pada keluarga tidak terputus apabila berkahwin. Oleh itu saya tegaskan, ketiga-tiga saluran ini perlu dipenuhi.”
Nota: Saya meronta suka dengan nasihat Cikgu Ha. Matang nian seperti kaunselor perkahwinan. Saya tunggu Encik Ridwan mensahihkan kebenaran nasihat Cikgu Ha. Cik ‘Uyun, ulas jangan tidak ulas. Kepada yang lain, hendak berkongsi pandangan amat saya alu-alukan.
Yahamim: Masih ada ruang.
May 27
Salam sastera.
“Tun lepat disumbat dalam tahanan? Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan [...] [...more]
Salam sastera.
“Tun lepat disumbat dalam tahanan? Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran. Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali.”

Nota: Petikan ini di-SMS kepada saya oleh Cik Haniza Binti Lasimon. Beliau menyalinnya daripada kulit belakang novel Faisal Tehrani, “KETUPAT CINTA-MUSIM PERTAMA”. Saya pernah diberi ‘amaran’ oleh Cik Haniza kerana menyiarkan SMSnya di blog Salam Ya Hamim ini (sebelum ini ada beberapa SMSnya yang saya siarkan). Saya yakin dia akan memberi ‘amaran’ sekali lagi
Yahamim: Habiskan ketupat tanpa beri amaran.
May 26
Berikut adalah cerita terbaru yang disampaikan oleh Cikgu Ha kepada saya. Ia diubahsuai supaya sesuai untuk tujuaan tatapan umum. Nama yang digunakan bukanlah nama penuh watak. Babak ditulis menggunakan Teknik Surah Yusuf.
Babak 1
Pada satu hari, Cikgu Ha menerima satu panggilan telefon daripada bekas rakan sekolejnya, Che Fiz.
Che Fiz berkata, ”Malam ini saya mahu datang ke rumah [...] [...more]
Berikut adalah cerita terbaru yang disampaikan oleh Cikgu Ha kepada saya. Ia diubahsuai supaya sesuai untuk tujuaan tatapan umum. Nama yang digunakan bukanlah nama penuh watak. Babak ditulis menggunakan Teknik Surah Yusuf.
Babak 1
Pada satu hari, Cikgu Ha menerima satu panggilan telefon daripada bekas rakan sekolejnya, Che Fiz.
Che Fiz berkata, ”Malam ini saya mahu datang ke rumah kamu.”
Jawab Cikgu Ha, “Datanglah, saya tunggu.”
Seperti dijanjikan, Che Fiz tiba di rumah Cikgu Ha selepas maghrib. Che Fiz menyerahkan sekeping kad kepada Cikgu Ha.
“Saya mahu menjemput kamu ke majlis perkahwinan saya pada sekian hari bulan. Ini kadnya.”
Cikgu Ha berkata, “Rakan serumah saya kahwin pada tarikh yang sama. Tetapi kamu jangan risau kerana kami boleh atur untuk hadir kedua-dua majlis. Saya datang, insya Allah”
Balas Che Fiz, “Alhamdulillah. Lega saya mendengarnya. Kamu sudah makan? Biar saya belanja.”
Babak 2
Pada hari yang lain, sekali lagi Cikgu Ha mendapat panggilan. Kali ini daripada kawan yang lain iaitu Ridwan.
Cikgu Ha berkata, “Sejak akhir-akhir ini kamu jarang telefon. Sms apatah lagi.”
Ridwan hanya ketawa. Cikgu Ha menyambung, “Kamu tahu Che Fiz hendak kahwin?”
Jawab Ridwan, “Saya tahu. Berita tersebut saya dengar lama dahulu. Kamu sahaja yang sentiasa berahsia.”
Balas Cikgu Ha, “Saya ada prinsip. Hal kahwin saya kurang selesa bercerita sesuka hati. Kamu marah saya berahsia?”
“Itu prinsip kamu. Apa saya hendak kata? Cuma satu nasihat saya, jangan letak blok antara kita dengan kawan. Perkara baik tidak salah untuk kongsi.”
Cikgu Ha diam.
Ridwan cepat-cepat berkata, “Kamu jangan salah sangka, bukan niat saya hendak mengajar kamu.”
Balas Cikgu Ha, “Saya tidak kisah pun. Satu hari apabila saya sudah sedia, saya akan cerita juga.”
Yahamim: Cikgu Ha cerita semuanya kepada saya.
May 23
Berikut saya siarkan drama pendek yang menggunakan Teknik Surah Yusuf.
Yusuf merapatkan lutut ke dada. Tangannya menekup telinga.
Puan Bainon menegur, “Kamu kelihatan gelisah sekali.”
Yusuf merenggangkan sedikit tangan yang melekap di telinga. “Di luar guruh dan kilat sabung-menyabung, berdentam-dentum bunyinya.”
“Penakut rupanya kamu ini. Mari lihat ke luar tingkap.”
Yusuf tetap dengan duduknya. Puan Bainon bangun lantas berjalan mendekati [...] [...more]
Berikut saya siarkan drama pendek yang menggunakan Teknik Surah Yusuf.
Yusuf merapatkan lutut ke dada. Tangannya menekup telinga.
Puan Bainon menegur, “Kamu kelihatan gelisah sekali.”
Yusuf merenggangkan sedikit tangan yang melekap di telinga. “Di luar guruh dan kilat sabung-menyabung, berdentam-dentum bunyinya.”
“Penakut rupanya kamu ini. Mari lihat ke luar tingkap.”
Yusuf tetap dengan duduknya. Puan Bainon bangun lantas berjalan mendekati tingkap. Langsir disingkap. Yusuf menutup muka dengan tapak tangan.
“Cuba kamu lihat. Antara guruh dan kilat, manakah yang sampai dahulu ke pancaindera kita?”
Yusuf melihat ke luar tingkap melalui celah jari. Apabila guruh berdentum dia menyorokkan muka semua. “Puan, tolong tarik semula langsir.”
Puan Bainon tergelak kecil. Dia menutup semula tingkap dengan langsir dan menghampiri Yusuf. “Sudah dapat jawapan kepada soalan saya?”
“Kilat muncul dahulu di langit diikuti dengan bunyi guruh. Allah menciptakan cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi.”
Bunyi guruh kedengaran sayup.
Nota Teknik Surah Yusuf:
- Aksi atau perbuatan watak atau pekata diletakkan di hadapan diikuti dengan dialog. Contoh: Puan Bainon menegur, “Kamu kelihatan gelisah sekali.”
- Ayat naratif menggunakan teknik ’showing’ iaitu menunjukkan perilaku watak bukan ‘telling’ iaitu memberitahu sifat watak. Contoh: Yusuf merapatkan lutut ke dada. Tangannya menekup telinga. Penerangan: Yusuf takut dengan bunyi guruh tetapi penulis tidak menyatakan pada ayat naratif sebalik menunjukkan perilaku orang yang takut dengan guruh iaitu menekup telinga. Sebaliknya melalui dialog, watak Puan Bainon berkata, “Penakut rupanya kamu ini.”
- Penulisan aksi di hadapan diikuti dengan dialog menepati penulisan al-Quran dan hadis. Pekata diletakkan di hadapan baru apa yang dikatakannya (dialog). Maha Besar Allah yang menciptakan cahaya (visual/aksi) bergerak lebih cepat daripada bunyi (audio/dialog). Begitulah Allah menunjukkan teknik terbaik menulis cerita. Pembaca lebih terangsang imaginasinya jika diterangkan aksi (visual) dahulu diikuti dialog (visual).
Allah lebih mengetahui.
Yahamim: Buat dahulu baru cakap.
May 23
Yahamim: Bertambah setahun umur saya.
[...more]

Yahamim: Bertambah setahun umur saya.
May 19
(Petak 1) Harimau: Bi…babi!
(Petak 2) Harimau: Babi…pekak badak betul la!
Badak : Apahal babitkan aku plak?
(Petak 3) Harimau: Ooo…lupa!
(Petak 4) Hatimau: Influenza!
Babi : Ya! Panggil I ke?
Yahamim: Panggil saya Hamim.

May 18
16 Mei setiap tahun diraikan oleh guru (secara khusus guru di sekolah). Namun begitu setiap orang yang bergelar guru layak kita ucapkan “Selamat Hari Guru” kepada mereka.
Lantaran itu pertama yang saya lakukan apabila menghadiri bengkel penulisan PTS, Bahasa Melayu Tinggi 16 Mei lalu adalah mengucapkan selamat hari guru kepada sifu, Puan Ainon.
Hari di mana semua [...] [...more]

Hari di mana semua guru diberikan cuti Puan Ainon tetap bertugas. Syabas saya ucapkan.
Tetap ceria dan bersemangat memartabatkan bahasa Melayu.

Peserta melimpah hingga ke luar kelas.

Mereka juga lupa hari itu Hari Guru.
Yahamim: Tetap hadir ke kelas walaupun Hari Guru
May 15
Sempena 16 Mei, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Secara khusus, saya ucapkan kepada insan-insan berikut.
Kepada kedua-dua ibu bapa yang menjadi guru kehidupan saya. Sejak dari kandungan hinggalah sebegini matang, merekalah sekolah saya. Nasihat yang diberikan percuma tetapi berharga. Didikan yang diberikan tidak terbatas tetapi penuh ikhlas.
Kepada Cikgu Ha teman karib [...] [...more]
Sempena 16 Mei, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Secara khusus, saya ucapkan kepada insan-insan berikut.
Kepada kedua-dua ibu bapa yang menjadi guru kehidupan saya. Sejak dari kandungan hinggalah sebegini matang, merekalah sekolah saya. Nasihat yang diberikan percuma tetapi berharga. Didikan yang diberikan tidak terbatas tetapi penuh ikhlas.
Kepada Cikgu Ha teman karib saya. Dia bagaikan pendua kepada saya. Masalah, tangis, rajuk dan macam-macam lagi saya kongsi dengannya. Jangan biar diriku rajuk, tanpa ada sudi memujuk.
Kepada abang dan kakak ipar yang mengajar di Johor. Terus mendidik anak bangsa. Jangan jemu.
Kepada adik saya di UPSI. Tuntut ilmu secukupnya sebelum menghadapi realiti dunia pendidikan. Sejarah bukan untuk dikenang ia untuk diteladani.
Kepada kawan yang jadi pensyarah (tutor, pembantu pensyarah dan sewaktu dengannya; Pilo, Ashraf, Yusuf, Nur Ainul Yaqeen, Lee Wee Lim (bos Pusat Tuisyen Skor Bistari) dan lain-lain yang tidak disebut namanya.
Juga kepada semua yang menjadi guru, tidak kira guru kepada diri sendiri atau pun anak isteri.
Yahamim: Pengalaman guru kehidupan.