Hikayat Abdullah

Antara novel yang saya sedang gulati adalah Hikayat Abdullah. Jangan tersilap pula, ia adalah hikayat Munsyi Abdullah bukan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Ia adalah riwayat hidup beliau sendiri tetapi sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu moden dan dikelaskan sebagai semi klasik.

Saya katakan kepada seorang rakan, “Melalui buku ini saya tahu sedikit apa punca masalah orang Melayu sekarang ini.”

Munsyi Abdullah hidup pada kurun ke-18. Sejak kecil beliau diajar menulis dan membaca.

Beliau menghadapi kesukaran untuk belajar Bahasa Melayu kerana orang Melayu tidak berminta belajar bahasanya sendiri.

Anggapan mereka, masakan orang Melayu perlu belajar lagi bahasanya sendiri.

Kroniknya keadaan sehinggakan tiada tempat yang mengajarkan bahasa Melayu untuk dipelajari. Sedangkan semua urusan percakapan dan tulisan dalam bahasa Melayu.

Beliau menguasai bahasa Melayu atas usaha beliau sendiri bertanyakan kepada orang itu dan orang ini.

Sikap yang sama masih bertakuk dalam kepala kita sehingga isu PPSMI menjadi barah dalam negara.

Kata orang bijak pandai, “Orang yang berpuru kerjanya menggaru puru sahaja.”

Yahamim: Sejak kecil belajar bahasa Melayu dan masih lagi belajar.

2 Comments »

  • 1

    mungkin sbb kurang belajar bahasa melayu, kata orang bijak pandai tu saya tak berapa paham la….katak puru tau la…hehe…

    Comment by hazif — April 30, 2009 @ 12:03 pm

  • 2

    Puru itu lebih kurang sejenis penyakit kulit yang gatal, maka orang yang berpuru kerjanya menggaru sahaja. Sama seperti orang Melayu yang malas belajar bahasanya sendiri, maka asyik berdepan dengan masalah bahasa.

    Comment by hamimnasoha — April 30, 2009 @ 4:20 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment