Keputusan 3 Pilihanraya Kecil
Apr 08
Barisan Nasional (BN) mengekalekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak.
Pakatan pembangkang pertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.
Ini menjadikan keputusan BN 1 (Batang Air), PAS 1 (Bukit Gantang) dan PKR 1 (Bukit Selambau) manakala semua calon Bebas hilang wang pertaruhan.
Keputusan status quo sama seperti kedudukan dalam pilihan raya umum lalu. Ramai pengundi bukan Melayu Bukit Gantang dan Bukit Selambau sokong pembangkang.
Sifu PTS menulis, “Najib dan Hishamuddin adalah 2 orang individu dalam UMNO yang paling besar peranannya dalam tragedi UMNO-BN kalah besar di Bukit Gantang dan Selambau: Najib - kerana dia menumbangkan kepimpinan DS Ir. Nizar yang sangat popular; dan Hishamuddin - kerana dia dengan menggunakan berbagai alasan yang diada-adakan dan putar-belit tetap mahu memaksakan PPSMI kepada rakyat yang menolaknya.”
Yahamim: Tidak pernah ikut kempen pilihanraya.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz