Apr 02
Bagi saya pemakaian songkok adalah sesuatu yang lazim. Boleh dikatakan sepanjang saya bersekolah rendah dan menengah, songkok memang lekat di kepala.
Oleh itu apabila kelaziman ini diteruskan, ia tidaklah menjadi kejanggalan pada diri saya. Sebaliknya ia menjadi sesuatu yang unik dan menonjol pula.
Pelbagai gelaran yang saya terima apabila gemar bersongkok. Punya kedudukan istimewa di hati, gelaran [...] [...more]
Bagi saya pemakaian songkok adalah sesuatu yang lazim. Boleh dikatakan sepanjang saya bersekolah rendah dan menengah, songkok memang lekat di kepala.
Oleh itu apabila kelaziman ini diteruskan, ia tidaklah menjadi kejanggalan pada diri saya. Sebaliknya ia menjadi sesuatu yang unik dan menonjol pula.
Pelbagai gelaran yang saya terima apabila gemar bersongkok. Punya kedudukan istimewa di hati, gelaran “abang songkok tinggi” mampu membuat saya tersenyum sendiri.
Ustaz mengaji saya pula menggelar saya “ustaz JAKIM” dan “ustaz UMNO” (kerana suka pakai baju biru). Yang terbaru adalah “Hamim Al-Kolansuwah” yakni “Hamim Yang Bersongkok”.
Seorang cikgu dari Batu Pahat pernah secara spontan berpantun apabila saya datang beraya di rumah dengan songkok tinggi. Ini berlaku lama, lama dahulu.
Pantunnya dalam bahasa Jawa. Dengan sedikit pengubahsuaian ia berbunyi;
Pulut ireng digawe wajik,
Campur karo gulo meloko,
Songkok duwur disongko encik,
Rupane Hamim seko Parit Rojo.

Apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu, ia berbunyi;
Pulut hitam dibuat wajik,
Campur dengan gula melaka,
Songkok tinggi disangka encik,
Rupanya Hamim dari Parit Raja.

Yahamim: Hari memakai baju batik dan songkok.
Apr 02
Kepada orang Jepun, jangan tersinggung dengan lawak ini. Juga kepada peminat drama dan anime dari Jepun, ini sekadar lawak jenaka. Ia sudah pasti ada kaitan dengan yang hidup dan yang mati.
01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA
05. Yang [...] [...more]

05. Yang suka yang blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang lembab – AYUMI SIPUTBABI
15. Yang suka makan tempe – TARATEMPE BOLEMATI
Yahamim: Ada nama Melayu sahaja, tiada nama Jepun.