Dari SMS ke Blog

Saya bukan lagi pelajar UTM tetapi kelibat saya walau sekilas di UTM/KTC tetap dihidu oleh sahabat-sahabat. Lantas saya dijadikan sebahagian daripada usaha kempen mereka.

Sejak dahulu telah berkudis dan bernanah, setiap kali pesta konvokesyen mesti akan diadakan persembahan band dan nyanyian yang melalaikan. Bezanya hanya format dan kaedah persembahan, namun ia pasti ada. Golongan mahasiswa yang prihatin sentiasa menunjukkan bantahan mereka walaupun kecil.

Ini adalah SMS yang disebarkan di kalangan mahasiswa yang saya turut menerimanya, “Protes sampai batal. Kami bantah KONSERT 7 RYTHM OF THE CHAMPION dan PERTANDINGAN BULUH PERINDU di Pesta Konvokesyen UTM ke-42. Sebarkan kepada semua staff, pensyarah dan mahasiswa. Hantarkan ayat di atas ke 019-****** sebagai tanda bantahan.”

Nombor yang dinyatakan mungkin adalah milik pengarah pesta konvokesyen atau pengarah program.

Walau bagaimanapun program tetap berjalan. Oleh itu langkah seterusnya diambil iaitu mengedarkan fliers bantahan/mengutuk program tersebut semasa ia berlangsung. Mata-mata (SB) pula sedia dengan kamera untuk mengambil pelajar “derhaka” ini. Berani, memang berani.

Program ini telah dibantai teruk semasa khutbah Jumaat beberapa hari sebelumnya, namun ia tetap diteruskan.

Sangat menyedihkan kerana tempat intelektual seperti universiti dicemari dengan mentaliti bertaraf longkang begini.

SMS Kedua

SMS kedua pula lain bunyinya. Ada sangkut paut dengan isu penggantungan akhbar Harakah dan Keadilan selama 3 bulan.

“Mursyidul Am PAS mengarahkan semua penyokong Pakaran Rakyat (PR) agar memboikot serta-merta akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia sebagai tindak balas menteri KDN yang menggantung permit Harakah. Untuk itu, beliau mengesyorkan agar kita semua memperhebatkan saluran berita melalui SMS. Tanggungjawab bagi pengguna telefon bimbit, sebarkan! Allahuakbar! Daftarlah ON HARAKAH ke 77770 untuk langganan Harakah melalui SMS, hanya RM 5 sebulan. Terima kasih.” 

Dalam hal parti, saya tidak menyebelahi pihak tertentu. Saya bebas. Ini terkecuali pada isu-isu yang mempunyai kepentingan seperti PPSMI.

Lantaran tidak menyebelahi mana-mana parti, pernah seorang sahabat memberi ulasan di belakang saya yang berbunyi, “Hamim itu Melayu.”

Saya kurang pasti maksud sebenarnya tetapi saya tergelak besar dengan ulasan itu. Memang saya Melayu!

Kepada yang berkenaan baik mengaku dan tampil memberi penjelasan.

Yahamim: Mahu lihat Melayu bersatu.

5 Comments »

  • 1

    salam
    terperanjat juga apabila ternampak En Hamin Nasoha semalam. Sudah menjadi Unit Terjah Maksiat (UTM) kah? :)
    itu nombor hp TNC,percaya atau tidak??

    Comment by mutiarabernilai — March 30, 2009 @ 3:21 am

  • 2

    Saya sendiri menerima dua kejutan.
    1. Saya juga terkejut melihat saudari sehingga tersepak kaki orang di hadapan. Nasib baik itu kawan sendiri (Azim Jamil).
    2. Saya hampir tidak percaya itu adalah nombor TNC. SMS tersebut saya forward kepada beliau. Mujur juga saya bukan lagi pelajar UTM.

    Comment by hamimnasoha — March 30, 2009 @ 3:59 am

  • 3

    KENAPA TERKEJUT MELIHAT MUTIARA?…BERKILAU SGT KE?…HAMBA DISINI LG TERKEJUT…YE LA..KATANYA KTC JD PENGANJUR PESTA KONVO KALI NI?….JD MANA PERGI KUASA KALIAN SELAMA NI?…UNTUK HALANG SEMUA TU?…HMMM…ANEH…ADE UNSUR SUBAHAT KE DALAM HAL INI?…APA2 PUN AKU RASA MASIH OK LG LA DARIPADA BUDAK2 NI LAYAN BAND KAT LUAR…AT LEAST PROGRAM TU DIASINGKAN LAKI DAN PUAN…NTAH LA…AKU PUN XPEGI JUGAK TIME BAND TU…HAHAHAH…

    Comment by aimanMH — April 7, 2009 @ 5:23 am

  • 4

    sakit kaki ku..huhu..tp bila dpt makan sup nasi ayam yg diblnja oleh org itu..terus lega..wahhh

    Comment by azim jamil — April 10, 2009 @ 3:41 pm

  • 5

    sakit kaki ku..huhu..tp bila dpt makan nasi ayam yg diblnja oleh org itu..terus lega..wahhh

    Comment by azim jamil — April 10, 2009 @ 3:41 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment