Ikuti sorotan dan ulasan Tuan Mohamed Idris mengenai bahasa dan PPSMI. Antara nasihat beliau yang bagus untuk direnung adalah jangan salahkan bahasa apabila kita gagal. Kita diberikan ruang dan peluang untuk berusaha. Yang penting adalah usaha kita menangani cabaran itu.
Beliau menyifatkan dirinya sebagai berikut, “I’m someone who is deeply interested in and concerned with the world language system. “
Yahamim: Salahkan diri sendiri apabila gagal.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
Tuan Hamim,
Apabila kita mengalami kegagalan, bukan semestinya kita yang menjadi punca kegagalan tersebut.
Dalam kes tertentu punca kegagalan itu datang daripada diri kita sendiri. Sebagai contoh, kita gagal berhenti merokok, tentu sekali kegagalan itu datang daripada kita sendiri.
Manakala dalam kes-kes lain, punca kegagalan itu datang daripada sumber-sumber lain. Sebagai contoh, kita gagal melihat bulan gerhana disebabkan mendung yang amat tebal.
Banyak orang menggunakan kejayaan dirinya sebagai dalil sohih bagi menyalahkan orang lain yang gagal. Mereka menggunakan logik “Kalau saya boleh, mengapa orang lain tidak boleh.” Mereka lupa bahawa tidak semua orang berada pada posisi yang serupa dengan diri mereka.
Comment by SifuPTS — March 27, 2009 @ 12:40 pm
Terima kasih Sifu atas pandangan. Kesudian Sifu menulis komen sangat mengharukan dan terkesan di hati saya.
Comment by hamimnasoha — March 30, 2009 @ 4:01 am