Pagi ini perhimpunan bulanan telah diadakan di tempat kerja saya. Pengisian utama adalah seperti biasa, ucapan daripada tuan ketua pengarah. Banyak isu yang dinyatakan, antaranya adalah kepentingan menguasai bahasa Inggeris.
Beliau ada menyentuh isu PPSMI dan bahasa Inggeris. Ia tidak disentuh dengan panjang lebar atau secara khusus. Namun saya sangat cermat mendengarnya.
Beliau meminta para pekerja berhati-hati jika menyertai perhimpunan seperti itu (Perhimpunan 100 Ribu Menentang PPSMI 7 Mac). Jangan sampai tertangkap kerana panjang ceritanya kelak.
Beliau memuji Dato’ Dr. Hassan Ahmad, iaitu pengerusi GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) yang mampu berucap dengan baik dalam bahasa Inggeris. Turut dipuji Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang mampu menulis karya bahasa Inggeris dengan baik.
Beliau sangat memahami perjuangan GMP dan menyatakan ia adalah agenda yang sangat halus serta mempunyai prinsip tersendiri.
Namun secara keseluruhan saya tidak dapat memastikan apa pendirian tuan ketua pengarah saya itu tentang dasar PPSMI.
Yahamim: Pendirian saya sangat jelas iaitu menentang dasar PPSMI.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.
Thanks!
Comment by Mohamed Idris — March 25, 2009 @ 12:39 pm
Tuan Hamim,
Jika seseorang itu tidak menyatakan dengan jelas pendiriannya terhadap kerajaan, kita boleh membacanya bahawa pendiriannya adalah tidak setuju dengan kerajaan!
Comment by SifuPTS — March 28, 2009 @ 9:42 am