Apa Yang Dibualkan Sebelum Tidur?

Tiba-tiba timbul soalan dalam fikiran, apakah yang dibualkan oleh orang lain sebelum mereka tidur? Ketika sudah terbaring di atas tilam, bantal yang lembut ditepuk-tepuk, gebar pula ditarik, mesti ada yang dibualkan walaupun sekadar perancangan hari esok.

  • Bagi yang sudah berkahwin, apakah yang dibualkan sebelum tidur?
  • Bagi yang berkeluarga, apa yang dicecehkan?
  • Bagi pelajar, apa pula topik mereka?
  • Bagi perempuan, apa yang digosipkan?
  • Bagi lelaki, isu negara yang manakah yang didebatkan?

Mungkin anda ada pengalaman sendiri. Sila kongsikan di bahagian komen.

Yahamim: Sekarang suka bincang isu mansuhkan PPSMI. Anda?

2 Comments »

  • 1

    Orang dah kahwin : esok nak makan kat mana?

    Orang berkeluarga : esok nak makan apa?

    Pelajar : Esok aku kena makan ka?

    Cik : Esok tak makan lagi… (nak diet)

    Orang lelaki : Esok nak pau siapa untuk makan ya?…

    Cuma gurauan. Barangkali Cik hanya habiskan masa menonton, gelak2 dengan teman serumah. Stress di tempat kerja hilang bila ada adegan sakat menyakat dengan kawan2.

    Comment by Cik Puan Kerang — March 23, 2009 @ 12:58 pm

  • 2

    Ada dua perkara yang buat saya tergelak besar. Pertama, nama Cik Puan Kerang sangat menggelikan hati saya. Mesti kelakar orangnya. Kedua, ternyata memang kelakar orangnya apabila membaca komen yang ditulis. Topik perbualan “CIk” dan “orang lelaki” memang antara topik lazim mereka.

    Terima kasih banyak-banyak kerana menceriakan saya dan pembaca lain :-)

    Comment by hamimnasoha — March 24, 2009 @ 12:44 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment