Apabila dasar PPSMI dimansuhkan (saya sangat optimis), kita akan berhadapan dengan cabaran baru. Antaranya ialah memenuhi keperluan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ilmu ini meliputi agama, sains, teknologi, motivasi dan sebagainya.
Saya sahut cabaran itu melalui blog Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim. Oleh itu, pengkhususan blog tersebut akan berubah, dengan lebih tepat lagi pengkhususannya bertambah. Antara yang boleh saya senaraikan adalah seperti di bawah:
-
Ulasan buku (pengkhususan sedia ada).
-
Pengetahuan tentang harta intelek terutamanya paten.
-
Ilmu berkaitan reka cipta.
-
Isu semasa berkaitan perkara di atas.
Pada masa akan datang mungkin senarai akan berubah atau bertambah mengikut kesesuaian.
Prinsip saya mudah, setiap orang menyumbang bahagian masing-masing mengikut kepandaian atau kepakaran. Akhirnya lengkaplah ilmu itu.
Harapan saya, semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan daripadaNya, Insya Allah.
Yahamim: Suka menyahut cabaran.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
salam saudara Hamim,
Tahniah, usaha saudara amat di banggakan
Comment by muhammadridwanto — March 20, 2009 @ 2:48 am