Mar 20
Sudah agak lama saya tidak menulis jawi. Cuba lihat pantun yang dalam tulisan jawi di bawah dan tulis dengan rumi di bahagian komen. Mungkin juga ada kesilapan kerana perubahan kaedah penulisan. Minta tunjuk ajar.
Yahamim: Nama saya boleh ditulis dengan dua huruf sahaja; ha dan mim.
[...more]

Apabila dasar PPSMI dimansuhkan (saya sangat optimis), kita akan berhadapan dengan cabaran baru. Antaranya ialah memenuhi keperluan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ilmu ini meliputi agama, sains, teknologi, motivasi dan sebagainya.
Saya sahut cabaran itu melalui blog Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim. Oleh itu, pengkhususan blog tersebut akan berubah, dengan lebih tepat lagi pengkhususannya bertambah. Antara yang boleh saya [...] [...more]
Apabila dasar PPSMI dimansuhkan (saya sangat optimis), kita akan berhadapan dengan cabaran baru. Antaranya ialah memenuhi keperluan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ilmu ini meliputi agama, sains, teknologi, motivasi dan sebagainya.
Saya sahut cabaran itu melalui blog Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim. Oleh itu, pengkhususan blog tersebut akan berubah, dengan lebih tepat lagi pengkhususannya bertambah. Antara yang boleh saya senaraikan adalah seperti di bawah:
-
Ulasan buku (pengkhususan sedia ada).
-
Pengetahuan tentang harta intelek terutamanya paten.
-
Ilmu berkaitan reka cipta.
-
Isu semasa berkaitan perkara di atas.
Pada masa akan datang mungkin senarai akan berubah atau bertambah mengikut kesesuaian.
Prinsip saya mudah, setiap orang menyumbang bahagian masing-masing mengikut kepandaian atau kepakaran. Akhirnya lengkaplah ilmu itu.
Harapan saya, semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan daripadaNya, Insya Allah.
Yahamim: Suka menyahut cabaran.