Gosip Cikgu Ha

Masih ingatkah para pembaca budiman kepada kawan saya iaitu Cikgu Ha. Orang yang mengajar tuisyen matematik dan mengajak semua ke Perhimpunan 100 ribu itulah. Hendak tengok gambar? Ini sahaja yang dapat saya siarkan.

cikgu-ha1Gosip terbaru yang sahih riwayatnya, Cikgu Ha akan mendaftarkan diri di kursus perkahwinan. Dalam merungut belum ada jodoh, tiba-tiba Cikgu Ha hendak ke kursus pula. Jumpa semasa perhimpunankah Cikgu Ha? Jawab jangan tidak jawab.

Patutlah semasa menumpang tidur di rumah saya tempoh hari, Cikgu Ha seperti orang angau sahaja lagaknya. Malam-malam ketika saya sedang berzikir sebelum tidur, tertangkaplah telinga ini pantun asyik masyuk dari mulut Cikgu Ha. Sambil berguling-guling dan memeluk bantal, Cikgu Ha berpantun yang sengaja dilagu-lagukan syahdu. Terkekek-kekek ketawa saya melihatnya.

“Cuba-cuba menanam sirih, takut nak tunjuk hulur akarnya, cuba-cuba menanam kasih, takut nak tunjuk subur mekarnya.”

“Pandai bertenun kain di Acheh, batang torak saya hamparkan, kerana sebab si cenderawasih, merak emas saya kepaskan.”

Saya tumpang gembira, yang penting jangan lupakan kawan-kawan. Jika gosip ini terbabar, pasti teruk Cikgu Ha kena giat dengan kawan-kawan. Alahai  Cikgu Ha, akhirnya dengan wajah ada-ada Cikgu Ha itu berkenan juga dek orang. Tante girang!

Imbas kembali Kisah Cikgu Ha dan Pesan Cikgu Ha.

Yahamim: Gosip saya pergi berkursus adalah tidak benar.

1 Comment »

  • 1

    salam, selamat berkursus kahwin.
    Cikgu Ha sudah, bila lah pula Tuan PTD kita?

    Comment by muhammadridwanto — March 19, 2009 @ 7:00 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment