Mar 19
Pagi-pagi lagi ketawa saya sudah meledak apabila terbaca berita ini. Diberitakan pasukan polis menemui kertas jampi dan kayu yang dibungkus dalam kertas yang diletakkan secara misteri di bawah meja Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno, di PWTC.
Kertas jampi itu bertulisan jawi. Ahli PEKEMBAR/UMNO boleh membaca tulisan jawikah?
Apakah agak-agaknya maksud dan bunyi ayat-ayat [...] [...more]
Pagi-pagi lagi ketawa saya sudah meledak apabila terbaca berita ini. Diberitakan pasukan polis menemui kertas jampi dan kayu yang dibungkus dalam kertas yang diletakkan secara misteri di bawah meja Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno, di PWTC.
Kertas jampi itu bertulisan jawi. Ahli PEKEMBAR/UMNO boleh membaca tulisan jawikah?
Apakah agak-agaknya maksud dan bunyi ayat-ayat jampi itu? Mungkinkah ianya berbunyi begini; hai mambang tanah, mambang laut, mambang gunung, kamu datanglah ke sini suruh Pak Lah cepat-cepat letak jawatan sebagai perdana menteri sebab aku hendak datang ambil tempat ini..
Atau pun mungkin tulisan itu bermaksud begini; hai jembalang raja segala jembalang, kau datanglah bawa anak beranak kamu untuk lemahkan Pak Lah. Kau paksalah Pak Lak supaya cepat-cepat lepaskan jawatan Perdana Menteri, sebab aku dan kumpulan aku hendak duduk di sini pula…
Disalin daripada blog Tuan MSO Melayu.
Yahamim: Sangat pandai berjampi sebelum makan (baca doa makanlah).
Mar 19
Masih ingatkah para pembaca budiman kepada kawan saya iaitu Cikgu Ha. Orang yang mengajar tuisyen matematik dan mengajak semua ke Perhimpunan 100 ribu itulah. Hendak tengok gambar? Ini sahaja yang dapat saya siarkan.
Gosip terbaru yang sahih riwayatnya, Cikgu Ha akan mendaftarkan diri di kursus perkahwinan. Dalam merungut belum ada jodoh, tiba-tiba Cikgu Ha hendak ke [...] [...more]
Masih ingatkah para pembaca budiman kepada kawan saya iaitu Cikgu Ha. Orang yang mengajar tuisyen matematik dan mengajak semua ke Perhimpunan 100 ribu itulah. Hendak tengok gambar? Ini sahaja yang dapat saya siarkan.
Gosip terbaru yang sahih riwayatnya, Cikgu Ha akan mendaftarkan diri di kursus perkahwinan. Dalam merungut belum ada jodoh, tiba-tiba Cikgu Ha hendak ke kursus pula. Jumpa semasa perhimpunankah Cikgu Ha? Jawab jangan tidak jawab.
Patutlah semasa menumpang tidur di rumah saya tempoh hari, Cikgu Ha seperti orang angau sahaja lagaknya. Malam-malam ketika saya sedang berzikir sebelum tidur, tertangkaplah telinga ini pantun asyik masyuk dari mulut Cikgu Ha. Sambil berguling-guling dan memeluk bantal, Cikgu Ha berpantun yang sengaja dilagu-lagukan syahdu. Terkekek-kekek ketawa saya melihatnya.
“Cuba-cuba menanam sirih, takut nak tunjuk hulur akarnya, cuba-cuba menanam kasih, takut nak tunjuk subur mekarnya.”
“Pandai bertenun kain di Acheh, batang torak saya hamparkan, kerana sebab si cenderawasih, merak emas saya kepaskan.”
Saya tumpang gembira, yang penting jangan lupakan kawan-kawan. Jika gosip ini terbabar, pasti teruk Cikgu Ha kena giat dengan kawan-kawan. Alahai Cikgu Ha, akhirnya dengan wajah ada-ada Cikgu Ha itu berkenan juga dek orang. Tante girang!
Imbas kembali Kisah Cikgu Ha dan Pesan Cikgu Ha.
Yahamim: Gosip saya pergi berkursus adalah tidak benar.
Mar 19
Ini bukan lagi cerita dongeng seperti Pak Pandir, Pak Kaduk dan sebagainya. Ini adalah dongengan moden dicipta oleh Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Ia agak panjang tetapi tidaklah sampai menandingi Kisah 1001 malam. Tetapi jika hendak menjadikan filem Bedtime Story sebagai inspirasi, mungkin boleh digunakan untuk menidurkan anak-anak kita setiap malam. Baca di portal PKPIM.
Yahamim: Dalam [...] [...more]

Yahamim: Dalam cerita dongeng banyak pengajaran.