Mar 18
Assalamualaikum dan salam takzim pembaca budiman. Semoga berada dalam kesejahteraan dan naungan rahmat Allah.
Di bahagian kanan blog ini disediakan pautan ke blog yang anti (menentang) PPSMI. Ia dipilih kerana kredebiliti laporan, maklumat yang terkini dan yang lebih penting ia sahih.
Orang bijak dahulu kala berkata, “Akal tidak sekaligus datang, fikiran tidak sekaligus tiba”. Tidak TAHU tidak mengapa [...] [...more]
Assalamualaikum dan salam takzim pembaca budiman. Semoga berada dalam kesejahteraan dan naungan rahmat Allah.
Di bahagian kanan blog ini disediakan pautan ke blog yang anti (menentang) PPSMI. Ia dipilih kerana kredebiliti laporan, maklumat yang terkini dan yang lebih penting ia sahih.
Orang bijak dahulu kala berkata, “Akal tidak sekaligus datang, fikiran tidak sekaligus tiba”. Tidak TAHU tidak mengapa yang penting MAHU dan akhirnya mencapai tahap MAMPU. Yang penting kita mesti terus menimba pengetahuan mengapa dasar PPSMI kita tolak.
Semoga semua mendapat manfaatnya.
Yahamim: Terpaut pada Bahasa Melayu.
Mar 18
—-mula —-
Disebabkan Hishamudin terlalu asyik untuk mencari dalang perhimpunan Mansuhkan PPSMI, mari kita ramai-ramai mengaku jadi dalang.
Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI.
Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad
Professor Shaharir Bin Mohd Zain
Hasni Bin Abas
Abdullah Bin Hassan
Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said
Che Shamsudin Bin Othman
Mohammad Faisal Bin Abd. Aziz
Aizad Bin Mohd Saleh
Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah
Kamalrulzaman Bin Mohamad
Shamsul Iskandar Bin Mohd [...] [...more]
—-mula —-
Disebabkan Hishamudin terlalu asyik untuk mencari dalang perhimpunan Mansuhkan PPSMI, mari kita ramai-ramai mengaku jadi dalang.
Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI.
- Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad
- Professor Shaharir Bin Mohd Zain
- Hasni Bin Abas
- Abdullah Bin Hassan
- Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said
- Che Shamsudin Bin Othman
- Mohammad Faisal Bin Abd. Aziz
- Aizad Bin Mohd Saleh
- Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah
- Kamalrulzaman Bin Mohamad
- Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
- Salahuddin Bin Ayob
- Nasaruddin Bin Mat Isa
- Suhaizan Bin Kaiat
- Ainon Bte Simo @ Mohd @ Somo
- Datuk Seri Hj. Hadi Bin Awang
- Saifuddin Nasution Bin Ismail
- Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
- Idris Bin Ahmad
- Mahfuz Bin Omar
- Mohamad Bin Sabu
- Rozan Azen Bin Mat Rasip
- Nur Ainul Yaqeen Bte Ahmad
- Hasbullah Pit
- Suhairul Hanim Bin Dato’ Seri Hj Kamaruddin
- Ahmad Adam bin Idris
- Awang Soh bin Che Lah
- Hamim Bin Nasoha
- NAMA ANDA DI SINI
Sila isi nama anda di “NAMA ANDA DI SINI”, beserta pautan blog jika ada dan salin keseluruhan catatan ini untuk disiarkan di blog anda.
Sila maklumkan di ruangan komen jika telah siarkan di blog anda .
—— tamat —-
Yahamim: Jadi dalang tukang sebar Perhimpunan Mansuhkan PPSMI 7 Mac 2009.
Mar 18
Assalamualaikum dan salam takzim pembaca budiman. Didoakan semoga semua sihat sejahtera dan di bawah nauangan rahmat yang Esa.
Saya tertarik dengan tulisan seorang penulis blog, Puan Nisah Haron yang bertajuk Perang Bahasa. Kita sekarang dalam medan “perang bahasa”. Perhimpunan 100 ribu pada 7 Mac adalah sebahagian daripadanya dan pejuang bahasa menang dalam pertempuran di luar istana tersebut.
Namun kita [...] [...more]

Namun kita masih dalam suasana perang dan kita masih belum memenanginya. Nescaya selepas ini akan ada lagi pertempuran.
Sebagai golongan marhaen (bawahan) usaha kita tidak sehebat pejuang bahasa untuk duduk di barisan hadapan. Namun itu tidak bermakna kita tidak mampu melakukan apa-apa.
Jika masih sayangkan bahasa, usaha kecil tetapi berharga ini perlu dilakukan:
-
Gunakan bahasa yang betul semasa ber-SMS. Elak bahasa singkatan ciptaan sesuka hati.
-
Para penulis blog gunakanlah bahasa yang terbaik. Perhatikan ejaan, tatabahasa, tanda baca, huruf kecil-besar apatah lagi bahasa slanga. Begitu juga semasa menulis emel dan komen pada blog.
-
Apabila menulis emel, tulislah doa ringkas kepada penerima sebagai tanda hormat, lambang kesopanan dan ketinggian persuratan Melayu.
-
Jadikan diri sebagai orang yang teliti dan cerewet apabila melibatkan perkara yang bertulis. Cerminkan pendidikan anda yang tinggi itu pada penulisan dan juga percakapan.
Perjalanan mendaulatkan bahasa sangat panjang. Mungkin susah untuk kita memahami ketuanan Melayu dan kedaulatan raja Melayu tetapi kedaulatan Bahasa Melayu mudah kita fahami. Memartabatkan Bahasa Melayu samalah dengan memartabatkan ketuanan Melayu dan mendaulatkan Raja Melayu kerana itu adalah lambang orang Melayu. Jika itu pun kita enggan, adalah boleh fikir sendiri apa maksudnya.
Yahamim: Mujahid Bahasa.