Malam tadi, saya berbual-bual dengan rakan serumah tentang isu-isu semasa. Perbualan (lebih kepada perbincangan) banyak berkisar tentang kesedaran mengenai dasar PPSMI.
Rakyat jadi sedar dengan kesan dasar PPSMI sejak sumber alternatif seperti blog dan akhbar bukan arus perdana ”dibaca”. Isu ini yang selama ini berlegar di kalangan ahli akademik meledak tiba-tiba kesedarannya di kalangan rakyat jelata.
Sejak tahun 2003 isu ini terkepung dan tidak terlihat oleh rakyat. Banyak menyelamatkan keadaan, kesedaran yang menggila ini dipandu oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). GMP-lah yang menyatukan kesedaran itu dan mengalirkannya ke arah haluan yang menumpu. GMP jugalah yang menganjurkan perhimpunan anti-PPSMI 7 Mac lalu.
Apa yang perlu kita buat adalah biarkan GMP menerajui perjuangan ini dan beri sokongan 100% gagasan mereka. Tidak perlu sebuah lagi gerakan yang membuat tuntutan yang sama kerana akhirnya nanti dua kumpulan ini yang berlaga. Teruskan mengumpul maklumat dan nantikan apa pengumuman serta tindakan GMP. Tugas kita pula menyokongnya agar suara mereka lebih padu, jitu dan “kuat”.
Rupanya Saya Redha
Perlu ditekankan bahawa tuntutan GMP adalah supaya Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memansuhkan PPSMI. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Oleh sebab itu, apabila kita kembali kepada dasar pendidikan yang berkuatkuasa pada dan sebelum 2003, ini bermakna IPTA hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Saya rasa mahasiswa juga ramai yang tidak sedar ini adalah isu mereka. Ramai yang lebih melihat pemansuhan PPSMI hanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah sahaja. Tidak, Ia termasuk IPTA juga!
Sebelum ini saya tidak sedar isu ini dan redha dengannya. Rujukan saya ketika itu hanyalah TV dan akhbar perdana. Oleh itu apabila UTM mensasarkan menjadi “World Class University” di mana bahasa pengantarnya ditukar kepada Bahasa Inggeris, ia berlaku dengan sangat “kemas”.
Maksud “kemas” adalah ia seolah-olah dasar yang baik dan perlu dilaksanakan oleh setiap orang. Penentangan juga tidak berlaku kecuali rasa cuak sedikit untuk mengaplikasikannya dalam bilik kuliah. Rasa cuak, itu sahaja!
Pada peringkat kami ketika itu, penguasaan Bahasa Inggeris sudah agak baik. Mungkin juga dasar ini tidak menyusahkan kerana kami sudah mampu memahami dengan baik bahan rujukan Bahasa Inggeris.
Natijahnya kami tidak menyedari kesan jangka panjang dasar PPSMI terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Saya jua rupa-rupanya selama ini redha dengannya.
Namun sekarang tidak lagi, saya menyokong dengan tuntutan GMP supaya mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di sekolah rendah, menengah dan IPTA. SAYA SOKONG.
Yahamim: Redha dengan perjuangan GMP.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
Ya, di IPTA pun..
Comment by ridwanto — March 17, 2009 @ 6:33 am
saya juga ‘redha’ ketika belajar di UTM.
Halus sungguh pendekatan yang digunakan, sehingga tidak sedar kesan jangka masa panjang terhadap penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.
Comment by kamal — March 19, 2009 @ 6:25 am