Senda Pagi

Sila tonton sedutan filem Pendekar Bujang Lapok lakonan P.Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsudin ini. Isi utama yang saya hendak tekankan adalah bermula pada minit 1.30. Sila tulis mesej utama babak ini pada ruangan komen. Siapa yang dapat dia memang bijak dan mengikuti perkembangan semasa (hehe). Terima kasih kepada Encik Khairul Sukeri yang memberitahu saya tentang babak tersebut.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=pv7ddLh6p8M&feature=related]

Nampak gayanya teka-teki saya sangat mudah dan ramai yang dapat menjawabnya. Di sini saya sertakan beberapa dialog pilihan daripada video di atas.

Pilihan 1

Ramlee : Hei Sudin, ini bacanya apa macam? Bacanya?

Sudin    : Alif, mim, nun, wau. Alif tendang wau. Sarkislah.

Pilihan 2

Ramlee : Apalah. Engkalu bilang diorang makan sini, tidur sini. Mana diorang nak pegi ni?

Sudin      : Ini sarkis sudah jinak. Sudah berapa lama diorang training.

Maaf, dialog yang disalin daripada video tersebut tidak boleh digunakan untuk periksa kerana bukan Bahasa Melayu tinggi. Secara sinisnya ia adalah sindiran kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Tidak tahu apa itu PEKEMBAR? Entah, saya pun ingat-ingat lupa. 

Yahamim: Tidak pernah ke … (hehe)

5 Comments »

  • 1

    1:30 -payah nak dengar kat sini sbb semuanya low quality background shj, yg dpt dgr: ejaan “layu” -rasanya bukan ini yg menjadi jawapan teka-teki ni tp babak slps itu.

    1:40 – “alif, mim, nun, wau (UMNO)” = “Sarkis da….” –>betul tak?

    Comment by hazifazlan — March 16, 2009 @ 1:04 am

  • 2

    ye saya sokong hazifazlan..rupanye2, dari dulu lagi dah org tendang UMNO

    Comment by cahayapembukaan — March 16, 2009 @ 3:05 am

  • 3

    alif tendang wau=sarkis

    Comment by cahayapembukaan — March 16, 2009 @ 3:07 am

  • 4

    “yang ni dah jinak…?”

    Comment by irhafiz — March 16, 2009 @ 3:32 am

  • 5

    pekembar?tak pernah dengar nama tu

    Comment by kay — March 16, 2009 @ 7:07 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment