Sejak seminggu yang lepas saya menanti-nantikan rancangan bual bicara, ALLY bersiaran. Saya menaruh harapan yang tinggi pada topik yang akan dibincangkan iaitu “Saya Anak Malaysia”.
Menyingkap kerjaya Ally Iskandar sebagai pengacara, beliau sangat bijak memancing perhatian penonton untuk mengikuti rancangannya. Malaysia Hari Ini (MHI) adalah antara persembahan terbaiknya. Selain itu banyak juga rancangan hiburan yang membabitkan beliau sebagai pengacara. Ternyata Ally Iskandar bijak mengimbangi pembawaannya antara serius dan santai.
Kali ini menerusi rancangan ALLY, beliau telah mengembalikan nostalgia dan kerinduan saya terhadap perkara yang sudah agak jarang diperkatakan.
Era 90-an dahulu, media sering memaparkan Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama namun hidup dengan aman dan harmoni. Keunikan ini ditambah lagi dengan kepelbagaian adat resam, budaya, makanan dan pelbagai lagi dan kita menerimanya dengan baik. Percampuran juga telah menyebabkan asimilasi yang ternyata menguntungkan semua pihak.
Di tengah hiruk pikuk dan haru biru suasana politik di Malaysia ketika ini, Ally berjaya mendamaikan sebentar hati saya yang resah. Ia juga umpama air yang menyirami seterusnya menyejukkan.
Mudah-mudahan suasana di Malaysia kembali aman, semua berhenti mempertikaikan satu sama lain sebaliknya berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Sayangi dan hargailah keharmonian, kemakmuran dan perpaduan yang telah dicapai oleh bangsa Malaysia.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=JlkXvB80bto&feature=related]
Kepada semua pembaca blog ini, saya sangat berharap agar anda dapat memberi pandangan/galakan/pesanan di bahagian komen untuk dihayati oleh semua.
Yahamim: Ucapan “salam perpaduan” sangat popular di UTM sejak dahulu hingga kini.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz