Salam Ya Hamim


Syukur/Kufur Bahasa


Mar 11

dsc01485Berikut adalah antara negara yang syukur dengan nikmat bahasa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka:

  1. Amerika Syarikat. Semua sedia maklum mereka yang menguasai dan mendahului dalam banyak perkara.
  2. Jepun. Tidak perlu dipertikaikan lagi kebolehan mereka dalam reka cipta dan teknologi.
  3. UK, Australia, Kanada, dan New Zealand. Sistem pendidikan mereka sangat maju dan pendapatan berkapita juga sangat tinggi.
  4. Negara-negara Eropah juga aman dan makmur kerana mereka syukur dengan nikmat bahasa mereka.

Ini pula adalah golongan yang kufur bahasa. Kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris dalam sistem pengajaran:

  1. Afrika (Ghana, Zambia, Kenya, Zimbabwe, dan seluruh benua Afrika). Mereka menggunakan bahasa Inggeris dan sehingga kini mereka papa kedana.
  2. Filipina. Mereka mendakwa mereka sebahagian daripada Sepanyol. Kini mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam sistem pengajaran. Mereka adalah antara negara pengekspot pekerja kelas bawahan terbesar di dunia.
  3. India (juga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka). Mereka mampu mengeluarkan pakar nuklear tetapi saintisnya tidak mampu mencipta rekaan walau yang menggunakan teknologi rendah. Rakyat India dan Jepun sama-sama makan nasi tetapi periuk nasi yang menggunakan prinsip asas pemanasan logam dicipta oleh Jepun. Rakyatnya juga hidup melarat.
  4. Singapura. Walaupun mereka kaya tetapi ramai rakyatnya yang menyesal tidak dilahirkan sebagai orang Inggeris. Rupa sahaja asia tetapi pemikiran mereka sangat terjajah.

Anda boleh cari banyak maklumat berkenaan negara-negara yang ‘ikut’ sunnah Nabi Muhammad (SAW) yakni mereka semua memandaikan rakyatnya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Kemudian buat perbandingan dengan negara yang ‘ingkar’ sunnah. Sama-sama kita kaji dan fikirkan. Wallahualam.

Yahamim: Hendak jadi orang yang bersyukur dengan Bahasa Melayu.

Comments (0)

Model Pengajaran Rasulullah


Mar 11

dsc01485Rencana ini ditulis bagi memberi gambaran kepada kita tentang model pengajaran Rasulullah. Apa yang boleh saya katakan ia adalah mengikut sunnah Al-Quran dan sunnah Rasulullah.

Dengan rendah diri saya mengakui saya bukan pelajar jurusan agama yang mampu memberi hujah ayat Al-Quran dan hadis. Saya juga bukan ahli akademik yang mampu berhujah menggunakan teori pendidikan dan data-data. Namun ini adalah menggunakan hujah logik asas dan melalui pembacaan.

Harus diingat bahawa saya tidak menolak kepentingan mana-mana bahasa di dunia terutamanya Bahasa Inggeris. Yang saya persoalkan adalah dasar PPSMI.

  • Prinsip asas pembelajaran dan pengajaran ada dua iaitu menggunakan bahasa ibunda dan menterjemah.
  • Pada zaman Rasulullah, kerajaan Rom menguasai 1/3 dunia. Rasulullah tidak pernah menyuruh pengikutnya menguasai Bahasa Latin sebaliknya mengajar dalam Bahasa Arab. Sehingga satu keadaan, kerajaan Rom pula terpaksa menterjemah ilmu daripada Bahasa Arab.
  • Rasulullah hanya menyuruh belajar bahasa asing supaya kita tidak ditipu.
  • Rasulullah orang Arab dan berdakwah dalam kepada majoriti orang Arab. Baginda menggunakan sepenuhnya Bahasa Arab. (Bukti: semua hadis adalah dalam Bahasa Arab).
  • Bangsa lain pula perlu belajar Bahasa Arab untuk mempelajari Islam sebelum berdakwah kepada kaum mereka menggunakan bahasa ibunda.
  • Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah mengandungi cerita umat terdahulu, bangsa lain di dunia, penduduk langit, makhluk ghaib dan banyak lagi. Mereka ini menggunakan bahasa yang lain tetapi telah diterjemah kepada Bahasa Arab sepenuhnya oleh Allah supaya dapat difahami Rasulullah dan pengikutnya.
  • Baginda menggunakan penterjemah apabila hendak mengutus surat kepada kerajaan bukan Arab.

Iktibarnya, kita perlu memandaikan anak bangsa kita dengan bahasa mereka bermimpi (orang Melayu bermimpi dalam Bahasa Melayu, tidak bahasa lain) kerana mereka akan lebih mudah belajar dengannya. Orang bijak pandai berkata bahawa bahasa kreatif sesorang adalah bahasanya ketika bermimpi.

Satu lagi kekuatan yang perlu ada ialah kebolehan menterjemah. Dengan itu sesuatu ilmu itu lebih mudah difahami oleh semua lapisan hatta golongan paling bawah sekali.

Yahamim: Berfikir tentang sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Comments (1)