
Menteri kata FRU terpaksa (?) bertindak bagi menguraikan demonstrasi perarakan menghantar memorandum menentang PPSMI oleh GMP (Gerakan Menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris).

Ini adalah golongan yang memperjuangkan supaya anak mereka lupa kepada Bahasa Melayu. Mereka juga sangat berharap anak mereka cemerlang gagal dalam Sains dan Matematik.

“Bahagia” dan “senang hati” mereka memastikan Bahasa Melayu didaulatkan dan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran.
Terpaksa saya doakan golongan pertama supaya anak-anak mereka gagal!
Yahamim: Setiap hari berdoa.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
Doakan yang baik-baik sahaja. Semoga mereka terang hati suatu hari nanti. Moga mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan… Ah, susahnya untuk mendoakan begini kepada mereka yang mempalingkan anak-anak Melayu!
Comment by YaQeen Ahmad — March 10, 2009 @ 2:50 am
nampaknya mereka dah melampau menggunakan kekerasan pada yang memperjuangkan hak melayu sendiri.
Comment by alongwairnazz — March 10, 2009 @ 1:40 pm
lebih molek doakan moga hati mereka suatu hari nanti bersih dan ikhlas kerana Allah.
Selagi mereka tidak menyalahi Al-Quran dan Sunnah, mereka tetap saudara kita.
Comment by anum — March 11, 2009 @ 5:59 am
Lebih baik doakan moga suatu hari nanti hati mereka akan bersih…
Selagi mereka tidak menyalahi Al-Quran dan As Sunnah, mereka adalah saudara kita.
Mungkin sekarnag mereka “tersesat jalan”, mana tau esok2 Tuhan balikkan hati mereka ke jalan kebenaran… Waktu tu doa kita untuk kegagalan anak2 mereka dimakbulkan, amacam? Sanggup tengok saudara sendiri menderita?
Ingat, semua umat Islam bersaudara… tak kira siapa pun jua mereka.
Comment by anum — March 11, 2009 @ 6:04 am
Cik Anum, mengajar pelajar-pelajar kita dalam bukan bahasa mereka, bagaimana ya?
Nabi mengajarkan ilmu kepada para pengikutnya dengan bahasa mereka sendiri (sunnah). Jadi, boleh kira mereka ini dikategorikan melanggar sunnah. Bukankah begitu?
Wallahua’lam.
Comment by YaQeen Ahmad — March 11, 2009 @ 6:27 am
Soal mendoakan keburukan orang, saya akui saya mengikut perasaan. Semoga anak-anak orang yang menyokong PPSMI jernih hatinya dan membenci dasar PPSMI.
Kepada anak-anak orang yang sedia menolak PPSMI, tabahkan hati dan belajar bersungguh-sungguh. Semoga kepayahan itu dibalas oleh Allah dengan balasan yang baik dan setimpal.
Saya akan tulis entri tentang model (sunnah) yang diajar oleh Rasulullah saw. Semoga semua dapat manfaatnya.
Comment by hamimnasoha — March 11, 2009 @ 6:54 am
tdaklah sampai kita mendoakan kegagalan saudara ye tak?
sunnah nabi mengajar dalam bahasa mereka, sunnah nabi juga untuk mengeratkan silarul rahim dan dosa besar kita memutuskan siratul rahim…
Dalam mengambil sunnah nabi, kita tidak boleh guna pakai satu sahaja, kita kena lihat dalam banyak hal, contohnya situasi sunnah itu dlkerjakan, sunnah2 yang lain, Al-Quran, Hadis, ijmak ulamak, etc…
Kalu berkenaan hadis tu, kena tengok perawinya…sanadnya dhaif ke tidak
Comment by anum — March 11, 2009 @ 7:17 am