Salam Ya Hamim


Doa Saya


Mar 10

dsc01485

Menteri kata FRU terpaksa (?) bertindak bagi menguraikan demonstrasi perarakan menghantar memorandum menentang PPSMI oleh GMP (Gerakan Menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris).

fru-malaysia

Ini adalah golongan yang memperjuangkan supaya anak mereka lupa kepada Bahasa Melayu. Mereka juga sangat berharap anak mereka cemerlang gagal dalam Sains dan Matematik.

diserang-bom-asap

“Bahagia” dan “senang hati” mereka memastikan Bahasa Melayu didaulatkan dan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran.

Terpaksa saya doakan golongan pertama supaya anak-anak mereka gagal!

Yahamim: Setiap hari berdoa.

Comments (7)

Baru Kau Tahu…


Mar 10

dsc01485

Baru kau tahu…
Pahitnya berjuang,
Suarumu jelas lantang,
Dikata menteri,
Kau diperalat.

Baru kau tahu…
Pedihnya gas pemedih mata,
Nafas sesak mata kabur,
Dikata polis,
Kau pemberontak liar.

Baru kau tahu…
Pentingnya bahasa,
Bahasa jiwa bangsa,
Dikata professor,
Kau anti persaingan.

Hari itu kau tahu juga,
Istana jadi petanda,
Kau sayangkan BAHASA.

Yahamim: Baru tahu…

Comments (0)

Maulidur Rasul 1430H


Mar 10

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1430H kepada semua pembaca blog ini. Temanya pada tahun ini iaitu Wahdah Pemangkin Khaira Ummah perlulah dihayati.

Umat Islam sentiasa didatangi cabaran demi cabaran yang menguji keutuhan kesatuannya. Di Malaysia sendiri, cabaran tidak kurang hebatnya. Sedang satu dunia bergelut dengan kemelut ekonomi, kita turut bergelut dengan masalah perpaduan, perpecahan politik, isu taat/derhaka kepada raja yang menjadi simbol agama Islam dan banyak lagi.

Contoh yang baik untuk menangani cabaran ini sudah ditunjukkan oleh rasul junjungan, Nabi Muhammad saw. Tinggal lagi kita perlu mengkaji dan mengambil iktibar sejarah ulung baginda itu.

Maka, projek “Kesatuan Islam” mesti ditegak dan diteruskan semula serta berusaha untuk mengembalikan sistem khalifah agar Islam bangkit meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan kepada umatnya. Sama-sama kita berusaha ke arah itu.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=8QGK_9fRd00&feature=related]

Yahamim: Tidak pernah keseorangan dalam berjuang.

Comments (0)

Langgar Pantang


Mar 10

dsc01485Orang Melayu sangat banyak pantang larang dalam kehidupannya dan sangat berpegang kepadanya. Pantang larang tersebut meliputi adab pergaulan, pemakanan, adat, merawat penyakit dan sebagainya.

Orang Melayu juga sangat sensitif dengan mereka yang melanggar pantang. Istilah yang biasa kita dengar akibat melanggar pantang adalah tulah, bentan dan sebagainya bergantung kepada jenis pantang yang dilanggarnya.

Kali ini saya juga sudah melanggar pantang. Abah saya sejak dahulu melarang saya mengikuti aktiviti politik dan perhimpunan/perarakan yang bertujuan demonstrasi atau tunjuk perasaan. Larangan itu sudah saya langgar.

Ahli bahasa dan budayawan yang selama ini vakum politik, iaitu tidak mahu masuk campur hal-hal yang berbentuk politik juga sudah tidak betah duduk diam. Mereka terpaksa turun padang dan bersingsing lengan kerana tidak tahan lagi dengan penindasan yang bertimpa-timpa terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya sebagai orang biasa ini apatah lagi, tidak tega duduk diam sahaja.

Saya yakin abah pasti percaya dengan perjuangan saya dan menyokong apa yang saya perjuangkan. Ini disebabkan abah adalah antara orang yang tidak senang dengan penindasan terhadap Bahasa Melayu.

Sehingga kini saya yakin abah masih belum tahu saya mengikuti perhimpunan menentang PPSMI. Mujur juga sebagai anak lelaki, emak dan abah tidak telefon sejam sekali untuk buat “spot check” aktiviti anaknya. Mujur sekali.

Berkait-kait akan beluru,

Berkelok-kelok lilit rotan,

Berpahit-pahit kita dahulu,

Barulah elok hari kemudian.

Yahamim: Tidak langgar pantang semasa berkhatan dahulu.

Comments (2)