Mar 05
Papan iklan di lebuhraya utara-selatan ini menunjukkan gambar TPM Dato’ Seri Najib diconteng. PLUS sudah mengarahkan supaya papan iklan itu diturunkan serta merta.
Teringat saya pada kisah “Ali Baba Bujang Lapok” di mana Marjina (dilakonkan oleh Sarimah) menandakan X pada jamban. Akibatnya JAMBAN itu yang diserang. Itulah nasib pejuang PPSMI.
Yahamim: Tidak suka lepak dalam jamban.
[...more]

SABTU 7 Mac Rapat Raksasa Di Depan Istana Negara
Disalin daripada blog sifu PTS. Maklumat tambahan boleh dibaca di blog Sifu PTS dan Prof. Abdullah Hasaan.
Yahamim: Belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Melekek-lekek ketawa Cikgu Ha apabila membaca komen pembaca pada tulisan yang memaparkan secebis kisahnya. Terpaksa dia menekup mulutnya kerana takut dicop kurang sopan. Bertambah “bungah” (dibaca seronok) hatinya apabila diberitahu En. Hamim (boleh juga disebut Ya Hamim atau Hamim Ya Mim) kisahnya antara “hit” paling tinggi di blog ini.
Hatinya tertanya-tanya juga mana serampang tiga mata yang disebut [...] [...more]
Melekek-lekek ketawa Cikgu Ha apabila membaca komen pembaca pada tulisan yang memaparkan secebis kisahnya. Terpaksa dia menekup mulutnya kerana takut dicop kurang sopan. Bertambah “bungah” (dibaca seronok) hatinya apabila diberitahu En. Hamim (boleh juga disebut Ya Hamim atau Hamim Ya Mim) kisahnya antara “hit” paling tinggi di blog ini.
Hatinya tertanya-tanya juga mana serampang tiga mata yang disebut olek Cik Yaqeen? Terkial-kial dia membaca sambil membilang jari. Agak-agaknya yang pertama Cikgu Ha tengah mencari jodoh. Keduanya pengalaman sebagai cikgu matematik dan ketiga perjuangannya menentang PPSMI. Sekejap-sekejap dia menggaru rambutnya. Entahlah, Cik Yaqeen sahaja yang boleh menjawabnya.
Kepada En. AimanMH bawak-bawak bersabar. Cuba contohi Cikgu Ha, walaupun marah tetap terpelihara budi pekertinya.
Oleh kerana Cikgu Ha tiada blog sendiri, maka saya yang didesak-desak supaya menuliskan pesan yang hendak dititipkan kepada pembaca semua. Sudah berkobar-kobar dan membara semangatnya hendak berarak menentang PPSMI hujung minggu ini (7 Mac, 2.00 petang, Istana Negara). Kepada semua, baca betul-betul dan ambil ingatan pesan Cikgu Ha ini. Muncung sedepa nanti jadinya kalau semua tidak ambil kisah. Saya juga yang susah hendak melayan rajuknya itu.
Pertama: Ada tiga tempat hendak berkumpul iaitu di Sogo, Central Market dan Masjid Negara sebelum pukul 2. Tegang urat lehernya meminta semua solat zuhur dahulu sebelum berarak. Hendak buat baik, perkara wajib jangan ditinggal.
Kedua: Sebolehnya-bolehnya pakai baju putih. Kepada yang perempuan jika tiada baju putih, boleh juga pakai juga tudung atau skaf putih. Itu lambang kepada pembersihan PPSMI.
Ketiga: Kita hendak berarak dan menghantar memorandum kepada pihak Istana, justeru jangan buat kecoh. Senjata bahaya tinggal, bendera parti juga tinggal. Hendak bawa sepanduk menentang PPSMI tidak mengapa. Dengar juga nasihat dan arahan ketua perarakan, kita tidak mahu mengganggu lalu lintas. Biar semuanya aman.
Keempat: Ingat nama-nama ini dan kalau boleh cam wajah mereka. Mereka inilah yang akan berjalan di barisan depan sekali diiringi oleh semua peserta perhimpunan.
- Dato’ Dr. Hassan Ahmad – Pengerusi GMP
- Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain – Timbalan Pengerusi GMP
- Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan – Naib Pengerusi GMP
- Tn. Hasni Abas – Pengarah GMP
- Tn. Suhaizan Kaiat – Setiusaha GMP
- SN Dato’ A Samad Said – AJK GMP
- Pn. Ainon Mohd. – AJK GMP
Kelima: Jaga keselamatan masing-masing. Ini disebabkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI. Tetapi jangan peduli, apa yang kita buat untuk kelangsungan martabat Bahasa Melayu juga.
Saya sudah menyampaikan maksud Cikgu Ha, jadi tiada dakwa-dakwi lagi. Satu sahaja yang saya hendak pesan. Oleh kerana belum ada anak dara yang berkenan berkenalan dengan Cikgu Ha, jangan pula meliar mata itu semasa berarak. Saya cungkil biji mata baru tahu.
Yahamim: Sudah ramai kenalan.