
Setahun sudah berlalu, Tidak terasa pantasnya waktu,
Namun ku masih seperti yang dulu, Tidak berubah walau sekuku,
Dari kampung ku datang, Ditimang bagaikan bintang,
Cabaran baru pasti datang, Semangat jangan kau hilang,
Walau datang gelombang menggila, Datanglah dikau berkali-kali jua,
Aku sudah bersedia, Dengan jiwa perkasa,
Moga kejayaan milik diri, Bahagia datang tidak terperi,
Pasti akan ku syukuri, Nikmat Allah Maha Pemberi.
(03.03.08-03.03.09)
5 Mar 2009, 8.00 pagi,
Bangunan Daya Bumi.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
Salam.
Menjengah sebentar. (”,)
Semoga terus berjaya Ya “ha mim ya mim”
Comment by Che An — March 5, 2009 @ 3:29 am
setahun sudah berlalu..teringat lagi masa hari pertama kerja kita borak2 kat sofa tu..
Comment by kay — March 5, 2009 @ 6:41 am
assalamualaikum,
akh hamim, bekerja di posisi apa ya?
Erm, kata manusia, ilmu itu lambang kuasa, menuntut ilmu untuk kerja, kerja untuk kepuasan dunia.
Tetapi bak satu pepatah (yang saya lupa nama buku nya), miskin itu di celah serban para ulama’, kaya itu di celah ummah. Lalu, menuntut ilmu bukan buat mengejar posisi dan tinggi kerja, tetapi bermatlamatkan ummah, kita perlu kepada kerjaya dan posisi sebagai pemegang setiap bucu agama.
Wallahua’lam
Barakallahu fiik
Comment by nahwanNUR — March 5, 2009 @ 9:16 am
Moga apa yang baik-baik sahaja dilimpahi dan diberkati. Amin… Selamat Hari Ulang Tahun Bekerja.
Comment by YaQeen Ahmad — March 5, 2009 @ 9:28 am
Syukran jazilan, saya tancapkan kukuh dalam ingatan pesan nahwanNUR itu.
Alhamdulillah setakat ini saya sentiasa ingatkan diri duit gaji bukan untuk saya sahaja, sebahagiannya adalah untuk dikembalikan kepada ummah.
Comment by hamimnasoha — March 5, 2009 @ 12:46 pm
saya lak baru masuk thn ketiga bekerja..so xjauh beza sangat la
Comment by alongwairnazz — March 9, 2009 @ 3:56 pm