Salam Ya Hamim


Blog Yang Dicadangkan Melawatnya


Feb 27

Ini adalah blog rakan sekolej saya di KTC. Tidak sangka entry Bahasa Arab Tinggi telah menarik minat beliau untuk memberi ulasan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk mengorek lebih dalam.

Nama beliau Nurfadilah Saadul Kurzi atau lebih dikenali dengan nama blogger Nahwannur. Bahasa yang digunakannya sangat elok (Bahasa Melayu Tinggi), pengisiannya bagus dan ditambah lagi dengan susun atur (warna, tulisan, gambar) yang menarik amat memberi kepuasan.

Selama ini saya sering merungut kepada sahabat blogger saya, irhafiz kebanyakan blogger wanita ’selekeh’. Maksud saya berserabut susunannya, penggunaan warna yang tidak sesuai,  selain tidak berapa kemas. Namun pada Nahwannur saya tabik.

Sila baca di sini

Yahamim: Suka yang ringkas tetapi kemas.

Comments (0)