Saya ingin kongsikan satu cerita yang saya terima melalui emel. Kebenarannya tidak saya pastikan. Saya serahkan kepada yang arif untuk mengesahkannya. Wallahualam.
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!
Ini kes berebutkan anak lelaki! Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, belum ada ujian DNA. Mereka sudah buat ujian darah, malangnya kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!
Doktor pakar dari Amerika itu pun bertanya kepada kawannya, seorang doktor dari Mesir tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Dia pernah mendengar bahawa Islam dan Al-Quran ini agama yang sempurna dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.
Terkedu doktor dari Mesir tersebut pada mulanya. Kemudian dia mengajak doktor Amerika itu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari Mesir.
Ulama dari Mesir itu bertanyalah apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, ulama mesir tersebut tersenyum.
Hendak tahu apa yang ulama itu suruh buat? Alah…bukannya suruh potong dua macam dalam cerita Melayu lama itu! Ulama Mesir tadi suruh agar diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Dapat sahaja keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Hendak tahu apa keputusannya? Salah satu daripada susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Ulama mesir tersebut berkata, “Ibu yang mempunyai susu yang mempunyai
bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut.”
Maka doktor Amerika tadi bertanya, “Apakah buktinya ia terdapat di dalam Al-Quran?”
Ulama Mesir memberitahu bahawa, “Bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda daripada anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan.”
Semoga menjadi panduan buat kita semua.
Yahamim: Minum susu ibu.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
MANIS NYA susu ibu..
MANIS juga cincin yang tersarung di jari….
Comment by muhammadridwanto — February 25, 2009 @ 3:39 am