Feb 25
Versi Bahasa Inggeris:
An ingenious example of speech and politics occured recently in the United Nations (UN) Assembly and made the world community smile.
The Palestinian Representative’s Speech at the UN:
“Before beginning my talk I want to tell you something about Moses. When he struck the rock and it brought forth water, he thought, what a good [...] [...more]
Versi Bahasa Inggeris:
An ingenious example of speech and politics occured recently in the United Nations (UN) Assembly and made the world community smile.
The Palestinian Representative’s Speech at the UN:
“Before beginning my talk I want to tell you something about Moses. When he struck the rock and it brought forth water, he thought, what a good opportunity to have a bath!”
“He removed his clothes, put them aside on the rock and entered the water. When he got out and wanted to dress, his clothes had vanished. An Israeli had stolen them.”
The Israeli representative jumped out furiously and shouted, “What are you talking about? The Israelis weren’t there then.”
The Palestinian representative smiled and said, “And now that we have made that clear, I will begin my speech.”

Versi Bahasa Melayu:
Ini adalah satu contoh politik dan ucapan yang bijaksana. Ia berlaku baru-baru ini semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang membuatkan masyarakat dunia tersenyum.
Ucapan wakil Palestin di PBB:
“Sebagai permulaan saya ingin menceritakan secebis kisah Nabi Musa. Apabila baginda memukul batu, terpancutlah air daripadanya. Baginda terfikir ia adalah masa yang sesuai untuk mandi!”
“Baginda membuka baju, meletakkan di atas baju dan memasuki air. Apabila baginda selesai dan ingin memakai baju semula, ia telah hilang. Orang Israel telah mencurinya.”
Seorang wakil Israel (dibaca rejim zionis) bangun dengan marahnya dan berkata lantang, “Kamu jangan merepek. Orang Israel belum ada di sana lagi.”
Wakil Palestin itu tersenyum dan berkata, “Segelanya sudah jelas dan saya akan memulakan ucapan saya.”
Yahamim: Sinis lagi pedas.
Feb 25
Saya ingin kongsikan satu cerita yang saya terima melalui emel. Kebenarannya tidak saya pastikan. Saya serahkan kepada yang arif untuk mengesahkannya. Wallahualam.
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!
Ini [...] [...more]
Saya ingin kongsikan satu cerita yang saya terima melalui emel. Kebenarannya tidak saya pastikan. Saya serahkan kepada yang arif untuk mengesahkannya. Wallahualam.
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!
Ini kes berebutkan anak lelaki! Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, belum ada ujian DNA. Mereka sudah buat ujian darah, malangnya kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!
Doktor pakar dari Amerika itu pun bertanya kepada kawannya, seorang doktor dari Mesir tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Dia pernah mendengar bahawa Islam dan Al-Quran ini agama yang sempurna dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.
Terkedu doktor dari Mesir tersebut pada mulanya. Kemudian dia mengajak doktor Amerika itu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari Mesir.
Ulama dari Mesir itu bertanyalah apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, ulama mesir tersebut tersenyum.
Hendak tahu apa yang ulama itu suruh buat? Alah…bukannya suruh potong dua macam dalam cerita Melayu lama itu! Ulama Mesir tadi suruh agar diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Dapat sahaja keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Hendak tahu apa keputusannya? Salah satu daripada susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Ulama mesir tersebut berkata, “Ibu yang mempunyai susu yang mempunyai
bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut.”
Maka doktor Amerika tadi bertanya, “Apakah buktinya ia terdapat di dalam Al-Quran?”
Ulama Mesir memberitahu bahawa, “Bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda daripada anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan.”
Semoga menjadi panduan buat kita semua.
Yahamim: Minum susu ibu.
Feb 25
Kunjungan ke Kelantan (22-24 Feb) sangat bermakna kerana dapat menonton persembahan wayang kulit Kelantan. Saya dan kawan-kawan mendapat jemputan melihat persembahan wayang kulit oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kg Pulau Tebu, Kota Bharu.
Sangat kebetulan malam terakhir kami di sana (malam Selasa), adalah malam latihan mereka. Terima kasih kepada seorang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, [...] [...more]
Kunjungan ke Kelantan (22-24 Feb) sangat bermakna kerana dapat menonton persembahan wayang kulit Kelantan. Saya dan kawan-kawan mendapat jemputan melihat persembahan wayang kulit oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kg Pulau Tebu, Kota Bharu.
Sangat kebetulan malam terakhir kami di sana (malam Selasa), adalah malam latihan mereka. Terima kasih kepada seorang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK yang tolong mengaturkan pertemuan tersebut.
Menjejakkan sahaja kaki di tempat persembahan kami di persembahkan dengan pertunjukan silat Kelantan dan tomoi. Kemudian barulah persembahan wayang kulit bermula.
Satu sahaja yang saya kesalkan, saya tidak berapa faham bahasanya. Silap sendiri juga, ada kawan dari Kelantan tak nak belajar. Walau apa pun saya tetap terhibur apatah lagi pada babak-babak terakhir watak tukang kebun istana mendendangkan pantun dalam lagu untuk menghiburkan rajanya.
Yahamim: Pernah dipaksa menjadi tok dalang wayang kulit semasa belajar dahulu (mengarut!).
Feb 25
Dalam siri projek Perpustakaan Digital Pengetahuan Tradisi (PDPT) yang akan dilancarkan pada Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2009 pada April nanti, saya telah ke Kelantan.
Saya menjadi jawatankuasa kuasa untuk Seminar Pengetahuan Tradisi dengan pihak-pihak berkaitan di kawasan pantai timur.
Tujuan utama seminar tersebut adalah menyampaikan betapa pentingnya pengetahuan tradisi yang kita warisi. Selain perlu diteruskan pengamalannya, [...] [...more]
Dalam siri projek Perpustakaan Digital Pengetahuan Tradisi (PDPT) yang akan dilancarkan pada Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2009 pada April nanti, saya telah ke Kelantan.
Saya menjadi jawatankuasa kuasa untuk Seminar Pengetahuan Tradisi dengan pihak-pihak berkaitan di kawasan pantai timur.
Tujuan utama seminar tersebut adalah menyampaikan betapa pentingnya pengetahuan tradisi yang kita warisi. Selain perlu diteruskan pengamalannya, ia perlu didokumentasikan.
Kita pernah mendengar mak yong, mek mulung, main puteri dan banyak lagi tetapi tidak pernah melihatnya apatah lagi mengambil tahu mengenainya.
Itu sekadar contoh. Ada banyak lagi warisan yang sudah samar-samar dalam ingatan kita. Sudah tiba masanya ia didokumenkan demi menjamin kelangsungannya pada masa akan datang.
Kita tidak mahu ilmu yang sangat berguna itu luput dimakan zaman.
Yahamim: Minat dengan pengetahuan tradisi.