Bahasa Arab Tinggi

Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam penulisan adalah menepati sunnah Al-Quran kerana ia menggunakan Bahasa Arab Tinggi. Telah dinyatakan dalam penulisan terdahulu bahasa tinggi kukuh strukturnya dan kekal hingga ratusan tahun. Al-Quran malah ajaib lagi kerana mampu bertahan ribuan tahun dan masih kekal difahami kerana ia menggunakan Bahasa Arab Tinggi.

Bukti Al-Quran menggunakan Bahasa Arab Tinggi adalah seperti berikut:

  • Setiap ayat dalam Al-Quran menggunakan ayat lengkap. Setiap ayat mampu berdiri sendiri dan terkandung makna yang lengkap di dalamnya.
  • Semua perkataan dieja lengkap, tiada perkataan dieja secara singkat dan kontot.
  • Semua ayat ditulis dengan gaya bahasa yang baik dan indah.
  • Walaupun penutur bahasa Arab mempunyai ragam bahasa tersendiri mengikut negara (contohnya Arab Saudi, Mesir, Yaman, Palestin dan lain-lain) namun Al-Quran mampu difahami mereka kerana ia menggunakan Bahasa Arab Tinggi.
  • Nabi Muhammad mengamalkan Bahasa Arab Tinggi dalam kehidupannya. Sebagai bukti semua hadis mematuhi perkara di atas. Nabi Muhammad adalah Al-Quran yang bergerak, oleh itu tiada pertentangan antara Al-Quran dan hadis dari sudut bahasa.

Saya ingin menepati sunnah Al-Quran dan hadis dalam penulisan saya, mudah-mudahan ada pahala pada setiap perkataan yang ditulis. Oleh itu saya alu-alukan kepada semua penulis blog yang menggunakan bahasa penuh cincai dan cacamerba kekalkan gaya penulisan mereka. Tidaklah jatuh haram tetapi alangkah ruginya kerana jadi perosak kepada bahasa sendiri dan tidak mengikuti sunnah Al-Quran dan hadis.

Yahamim: Boleh baca tulisan Arab tetapi belum mampu memahaminya.

4 Comments »

  • 1

    assalamualaikum senior ana di KTC,

    benar, bahasa itu seperti jiwa. Memelihara nya juga suatu tanggungjawab. Ana juga suka bahasa yang tinggi dan lengkap. Kerana kefahaman itu direct, dan tidak perlu diungkap dengan pelbagai telahan yang mana terkadang bahasa singkatan ini mampu membawa pelbagai maksud dan taksiran.

    Barakallahu fiik…

    Comment by nahwanNUR — February 14, 2009 @ 4:00 pm

  • 2

    Saya masih tertanya-tanya siapa nahwanNUR sebenarnya. Selepas melawat blog nahwanNUR pun saya masih belum mendapat jawapannya. NahwanNUR, sila perkenalkan diri anda. Terima kasih.

    Comment by hamimnasoha — February 15, 2009 @ 11:49 pm

  • 3

    Oh, maaf sdr. hamim, lambat saya mampir kembali kesini lalu lambat saya mengetahui permintaan nta. Saya salah seorang bekas ahli kelab lambaian masyarakat, rasa nya pengambil kita sama. Namun, nta salah seorang senior yang menjadi AJK minggu orientasi semasa kemasukan saya di KTC. Tahun 2003.

    Nama saya, nurfadilah saadul kurzi. Mungkin nta tak kenal sebab saya sekejap sahaja di KTC. Tahun ke 2, saya sudah tukar ke KRP. Malah sewaktu di kelab lambaian masyarakat, saya bukanlah ajk tertinggi.

    wallahua’lam

    Comment by nahwanNUR — February 26, 2009 @ 3:00 pm

  • 4

    oh, nta salah seorang jkm ktc bukan? rasanya mungkin kenal dan sekali dengan assila murtijan? itu sahabat sekuliyyah saya, dan kawan baik saya :) Tapi entah nta kenal saya atau tidak.

    Comment by nahwanNUR — February 26, 2009 @ 3:05 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment