Jadi penari perlu stamina yang tinggi. Cuba lihat video klip di bawah, betul-betul agresif. Satu pentas dikuasai, silap gaya pancit tengah jalan. Selain perlu kaki yang kuat, tulang belakang dan pinggang haruslah dalam keadaan yang sejahtera
.
Kepada Cik Yaqeen, saya sendiri kurang arif dengan jenis-jenis zapin tetapi kalau zapin Tenglu beginilah gayanya. Cuba bezakan dengan zapin kores pada video klip yang kedua. Zapin kores banyak pergerakan “bangun dan duduk” dan kedua-kedua tangannya bebas (ada sebahagian jenis zapin tangan kiri berada di pinggang).
Maaf saya tidak dapat huraikan secara ilmiah kerana balajar tidak ikut sukatan. Lagipun dulu belajar sekerat jalan, latihan dihentikan kerana festival zapin yang ingin disertai dibatalkan. Malangnya.
Zapin Tenglu
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=wvTu3ajeYOU&feature=related]
Zapin Kores
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=QQBWXr-CoGI&feature=related]
Yahamim: Kedua-dua video adalah rakaman semasa Festival Zapin di UTM, Skudai, Johor. Bangga saya dengan UTM.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz
kena ambil tahu ni..ilmu yang berguna..
Comment by kay — February 13, 2009 @ 4:20 am
Dahulu, kami menggunakan asas pergerakan zapin kores ketika membuat persembahan. Kami tidak pernah mempersembahkan zapin tenglu kerana kebiasaannya zapin tenglu lebih nampak segak untuk kaum adam menggayakannya (bersekolah perempuan).
Pada pengamatan saya, zapin tenglu juga menggunakan pergerakkan asas yang sama dengan zapin kores. Bezanya ia lebih rancak dan ada teknik lompatan serta tangan lebih luas bukaannya supaya bunga tarian (formasi tarian) yang dihasilkan daripada koreografer dapat menguasai pentas.
Zapin kores memang lebih lembut gayanya.
YaQeen : belajar zapin di bawah latihan Yayasan Warisan Johor.
Comment by YaQeen Ahmad — February 13, 2009 @ 7:21 am
Zapin yang tangan kirinya di pinggang/memegang lilitan kain sarung, dinamakan zapin asas (kalau tidak silap).
Comment by YaQeen Ahmad — February 13, 2009 @ 7:23 am