Zapin Tenglu dan Zapin Kores
Feb 13
Jadi penari perlu stamina yang tinggi. Cuba lihat video klip di bawah, betul-betul agresif. Satu pentas dikuasai, silap gaya pancit tengah jalan. Selain perlu kaki yang kuat, tulang belakang dan pinggang haruslah dalam keadaan yang sejahtera
.
Kepada Cik Yaqeen, saya sendiri kurang arif dengan jenis-jenis zapin tetapi kalau zapin Tenglu beginilah gayanya. Cuba bezakan dengan zapin kores pada video klip yang kedua. Zapin kores banyak pergerakan “bangun dan duduk” dan kedua-kedua tangannya bebas (ada sebahagian jenis zapin tangan kiri berada di pinggang).
Maaf saya tidak dapat huraikan secara ilmiah kerana balajar tidak ikut sukatan. Lagipun dulu belajar sekerat jalan, latihan dihentikan kerana festival zapin yang ingin disertai dibatalkan. Malangnya.
Zapin Tenglu
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=wvTu3ajeYOU&feature=related]
Zapin Kores
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=QQBWXr-CoGI&feature=related]
Yahamim: Kedua-dua video adalah rakaman semasa Festival Zapin di UTM, Skudai, Johor. Bangga saya dengan UTM.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz