Keliwon

Malam tadi, sedang saya berehat-rehat sambil menonton televisyen satu SMS saya terima. “Salam. Apa maksud Keliwon dalam bahasa Jawa?”

Saya membalasnya, “Maksud saya tidak tahu tetapi ia umpama kitaran hari, ada 5 hari kesemuanya antaranya Pun, Keliwon (yang lain tidak ingat). Gabungan hari Jumaat dan Keliwon sering dianggap penuh dengan unsur mistik.”

Di sini saya sertakan maklumat yang lebih lengkap dengan membuat rujukan di internet. Kalau saya balik kampung, saya akan tambah lagi maklumat dengan merujuk kepada ibu bapa saya.

  • Dalam budaya Jawa dan Bali, ada satu sistem yang dinamakan Pancawara.
  • Pancawarna adalah nama dari sebuah pekan atau minggu yang terdiri dari 5 hari.
  • Pancawara juga disebut sebagai hari pasaran dalam bahasa Jawa.
  • Dalam sistem penanggalan (sistem tarikh) Jawa dan Bali, terdapat 2 macam siklus waktu; siklus mingguan dan siklus pasaran.
  • Siklus mingguan-satu minggu dibagi menjadi 7 hari, seperti yang kita kenal sekarang (Isnin, Selasa, Rabu, Kamis, Jumat, Sabtu, dan Ahad).
  • Siklus pasaran-satu pekan terdiri daripada 5 hari pasaran. Nama-nama hari dalam sistem pancawara (pasaran) ini adalah: paing, pon, wage, kliwon, legi/umanis.
  • Menurut kalender Jawa, setiap hari dan tanggal (tarikh) dalam sistem kalender Masehi selalu mempunyai dua macam nama hari.
  • Misalnya 1 Januari 2001 adalah hari Isnin – Paing, berikutnya 2 Januari 2001 adalah hari Selasa – Pon, kemudian diikuti hari Rabu – Wage, disusul hari Kamis – Kliwon, Jumat – Legi, Sabtu – Paing, Ahad – Pon, Senin – Wage, Selasa – Kliwon, dan seterusnya. Kombinasi dua macam hari ini sampai sekarang masih dipakai dalam penerbitan surat khabar berbahasa Jawa, seperti harian Kedaulatan Rakyat yang terbit di kota Yogyakarta.

Selamat memahami sistem hari orang Jawa.

Yahamim: Mungkin ramai yang sedar slot “Keliwon” yang disiarkan di TV3 pada hari Khamis malam Jumaat.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment