Rambatan Ketuhar Gelombang Mikro

Berikut dipaparkan beberapa laporan berkenaan risiko penggunaan ketuhar gelombang mikro (KGM). Ia dipetik daripada majalah Dewan Kosmik terbitan DBP bulan November 2008.

1) Gagalnya Pemindahan Darah

Pada tahun 1991, Norma Levitt meninggal dunia selepas menjalani pembedaha pinggul di salah sebuah hospital di Oklahoma. Ia bukan disebabkan komplikasi akibat pembedahan tetapi kerana kesilapan kecil jururawat yang “memanaskan” darah transfusi (pemindahan) di dalam ketuhar gelombang mikro.

Walaupun darah tranfusi biasanya dipanaskan terlebih dahulu, elektrokimia semula jadi badan manusia tidak dapat menerima sebarang perubahan yang menjejaskan fisiologi badan manusia seperti perubahan darah oleh ketuhar gelombang mikro.

2) Ancaman Kepada Susu Bayi

Kesan radiasi ketuhar gelombang mikro tidak selamat malah membahayakan untuk minuman susu bayi. Kajian oleh Universiti Minnesota pada tahun 1989 menyatakan, “Memanaskan botol susu di dalam ketuhar gelombang mikro akan memberikan sedikit perubahan pada susu. Dalam formula susu bayi, proses ini akan memusnahkan beberapa vitamin yang merupakan sistem perlindungan atau keupayaan melawan penyakit.”

Pada tahun 1989, Dr. Lita Lee melaporkan dalam majalah Lancer, “Memanaskan susu bayi dalam ketuhar gelombang mikro boleh mengubah asid trans-amino menjadi cis-isomer sintetik. Isomer sintetik sama ada asid cis-amino ataupun asid trans lemak bukanlah biologi aktif. Tambahan pula L-prolina telah diubah d-isomer yang merupakan neurotoksik (beracun kepada sistem saraf) dan nefrotoksik (beracun kepada sistem saraf).

Sekiranya bayi tidak diberikan perhatian sudah dianggap tidak baik, apatah lagi sekiranya diberikan susu yang mengandungi toksik yang terhasil akibat ketuhar gelombang mikro.

Gambar Hiasan

3) Hancur Punah Makanan

Dr. Hans Ulrich Hertel dan Dr. Bernard H. Blanc mengesahkan bahawa makanan yang dimasak atau dipanaskan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro memang mengubah nutrisi makanan.

Mereka telah membuat kajian dan membuktikan memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro mampu mengurangkan paras hemoglobin  yang mendedahkan pengguna kepada anemia (kekurangan darah).

Apa Tindakan Pihak Berkuasa?

  • Produk ini tetap dibenarkan penjualannya seolah-olah tiada kesan negatif.
  • Food and Drug Administration’s Center (FDA) pun tidak mengeluarkan sebarang larangan rasmi penggunaan alat ini.
  • Di Malaysia alat ini banyak yang mempunyai kelulusan dan pelekat daripada SIRIM yang mengesahkannya selamat digunakan.

 Mungkin apabila penyakit kanser berleluasa, hormon manusia bercelaru dan banyak perkara buruk lagi baru tindakan akan diambil. Tindakan yang dapat dilakukan, panaskan makanan di atas dapur api gas. Penantian menanti makanan itu masak lebih berbaloi untuk kesihatan tubuh badan dan memanjangkan umur.

Yahamim: Ada kawan mencadangkan guna ketuhar gelombang mikro yang sudah dibeli sebagai pengering, contohnya pengering kasut. Ada-ada sahaja… 

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment