Salam Ya Hamim
Feb 27
Ini adalah blog rakan sekolej saya di KTC. Tidak sangka entry Bahasa Arab Tinggi telah menarik minat beliau untuk memberi ulasan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk mengorek lebih dalam.
Nama beliau Nurfadilah Saadul Kurzi atau lebih dikenali dengan nama blogger Nahwannur. Bahasa yang digunakannya sangat elok (Bahasa Melayu Tinggi), pengisiannya bagus dan ditambah lagi dengan susun [...] [...more]
Ini adalah blog rakan sekolej saya di KTC. Tidak sangka entry Bahasa Arab Tinggi telah menarik minat beliau untuk memberi ulasan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk mengorek lebih dalam.
Nama beliau Nurfadilah Saadul Kurzi atau lebih dikenali dengan nama blogger Nahwannur. Bahasa yang digunakannya sangat elok (Bahasa Melayu Tinggi), pengisiannya bagus dan ditambah lagi dengan susun atur (warna, tulisan, gambar) yang menarik amat memberi kepuasan.
Selama ini saya sering merungut kepada sahabat blogger saya, irhafiz kebanyakan blogger wanita ’selekeh’. Maksud saya berserabut susunannya, penggunaan warna yang tidak sesuai, selain tidak berapa kemas. Namun pada Nahwannur saya tabik.
Sila baca di sini.
Yahamim: Suka yang ringkas tetapi kemas.
Feb 25
Versi Bahasa Inggeris:
An ingenious example of speech and politics occured recently in the United Nations (UN) Assembly and made the world community smile.
The Palestinian Representative’s Speech at the UN:
“Before beginning my talk I want to tell you something about Moses. When he struck the rock and it brought forth water, he thought, what a good [...] [...more]
Versi Bahasa Inggeris:
An ingenious example of speech and politics occured recently in the United Nations (UN) Assembly and made the world community smile.
The Palestinian Representative’s Speech at the UN:
“Before beginning my talk I want to tell you something about Moses. When he struck the rock and it brought forth water, he thought, what a good opportunity to have a bath!”
“He removed his clothes, put them aside on the rock and entered the water. When he got out and wanted to dress, his clothes had vanished. An Israeli had stolen them.”
The Israeli representative jumped out furiously and shouted, “What are you talking about? The Israelis weren’t there then.”
The Palestinian representative smiled and said, “And now that we have made that clear, I will begin my speech.”

Versi Bahasa Melayu:
Ini adalah satu contoh politik dan ucapan yang bijaksana. Ia berlaku baru-baru ini semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang membuatkan masyarakat dunia tersenyum.
Ucapan wakil Palestin di PBB:
“Sebagai permulaan saya ingin menceritakan secebis kisah Nabi Musa. Apabila baginda memukul batu, terpancutlah air daripadanya. Baginda terfikir ia adalah masa yang sesuai untuk mandi!”
“Baginda membuka baju, meletakkan di atas baju dan memasuki air. Apabila baginda selesai dan ingin memakai baju semula, ia telah hilang. Orang Israel telah mencurinya.”
Seorang wakil Israel (dibaca rejim zionis) bangun dengan marahnya dan berkata lantang, “Kamu jangan merepek. Orang Israel belum ada di sana lagi.”
Wakil Palestin itu tersenyum dan berkata, “Segelanya sudah jelas dan saya akan memulakan ucapan saya.”
Yahamim: Sinis lagi pedas.
Feb 25
Saya ingin kongsikan satu cerita yang saya terima melalui emel. Kebenarannya tidak saya pastikan. Saya serahkan kepada yang arif untuk mengesahkannya. Wallahualam.
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!
Ini [...] [...more]
Saya ingin kongsikan satu cerita yang saya terima melalui emel. Kebenarannya tidak saya pastikan. Saya serahkan kepada yang arif untuk mengesahkannya. Wallahualam.
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!
Ini kes berebutkan anak lelaki! Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, belum ada ujian DNA. Mereka sudah buat ujian darah, malangnya kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!
Doktor pakar dari Amerika itu pun bertanya kepada kawannya, seorang doktor dari Mesir tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Dia pernah mendengar bahawa Islam dan Al-Quran ini agama yang sempurna dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.
Terkedu doktor dari Mesir tersebut pada mulanya. Kemudian dia mengajak doktor Amerika itu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari Mesir.
Ulama dari Mesir itu bertanyalah apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, ulama mesir tersebut tersenyum.
Hendak tahu apa yang ulama itu suruh buat? Alah…bukannya suruh potong dua macam dalam cerita Melayu lama itu! Ulama Mesir tadi suruh agar diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Dapat sahaja keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Hendak tahu apa keputusannya? Salah satu daripada susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Ulama mesir tersebut berkata, “Ibu yang mempunyai susu yang mempunyai
bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut.”
Maka doktor Amerika tadi bertanya, “Apakah buktinya ia terdapat di dalam Al-Quran?”
Ulama Mesir memberitahu bahawa, “Bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda daripada anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan.”
Semoga menjadi panduan buat kita semua.
Yahamim: Minum susu ibu.
Feb 25
Kunjungan ke Kelantan (22-24 Feb) sangat bermakna kerana dapat menonton persembahan wayang kulit Kelantan. Saya dan kawan-kawan mendapat jemputan melihat persembahan wayang kulit oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kg Pulau Tebu, Kota Bharu.
Sangat kebetulan malam terakhir kami di sana (malam Selasa), adalah malam latihan mereka. Terima kasih kepada seorang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, [...] [...more]
Kunjungan ke Kelantan (22-24 Feb) sangat bermakna kerana dapat menonton persembahan wayang kulit Kelantan. Saya dan kawan-kawan mendapat jemputan melihat persembahan wayang kulit oleh Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kg Pulau Tebu, Kota Bharu.
Sangat kebetulan malam terakhir kami di sana (malam Selasa), adalah malam latihan mereka. Terima kasih kepada seorang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK yang tolong mengaturkan pertemuan tersebut.
Menjejakkan sahaja kaki di tempat persembahan kami di persembahkan dengan pertunjukan silat Kelantan dan tomoi. Kemudian barulah persembahan wayang kulit bermula.
Satu sahaja yang saya kesalkan, saya tidak berapa faham bahasanya. Silap sendiri juga, ada kawan dari Kelantan tak nak belajar. Walau apa pun saya tetap terhibur apatah lagi pada babak-babak terakhir watak tukang kebun istana mendendangkan pantun dalam lagu untuk menghiburkan rajanya.
Yahamim: Pernah dipaksa menjadi tok dalang wayang kulit semasa belajar dahulu (mengarut!).
Feb 25
Dalam siri projek Perpustakaan Digital Pengetahuan Tradisi (PDPT) yang akan dilancarkan pada Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2009 pada April nanti, saya telah ke Kelantan.
Saya menjadi jawatankuasa kuasa untuk Seminar Pengetahuan Tradisi dengan pihak-pihak berkaitan di kawasan pantai timur.
Tujuan utama seminar tersebut adalah menyampaikan betapa pentingnya pengetahuan tradisi yang kita warisi. Selain perlu diteruskan pengamalannya, [...] [...more]
Dalam siri projek Perpustakaan Digital Pengetahuan Tradisi (PDPT) yang akan dilancarkan pada Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2009 pada April nanti, saya telah ke Kelantan.
Saya menjadi jawatankuasa kuasa untuk Seminar Pengetahuan Tradisi dengan pihak-pihak berkaitan di kawasan pantai timur.
Tujuan utama seminar tersebut adalah menyampaikan betapa pentingnya pengetahuan tradisi yang kita warisi. Selain perlu diteruskan pengamalannya, ia perlu didokumentasikan.
Kita pernah mendengar mak yong, mek mulung, main puteri dan banyak lagi tetapi tidak pernah melihatnya apatah lagi mengambil tahu mengenainya.
Itu sekadar contoh. Ada banyak lagi warisan yang sudah samar-samar dalam ingatan kita. Sudah tiba masanya ia didokumenkan demi menjamin kelangsungannya pada masa akan datang.
Kita tidak mahu ilmu yang sangat berguna itu luput dimakan zaman.
Yahamim: Minat dengan pengetahuan tradisi.
Feb 20
Saya ingin membabarkan kepada semua sebuah pusat langsir yang diberi nama Pusat Langsir Shasya Home Deco. Ia milik kawan sekolej (KTC)dan seuniversiti (UTM). Namanya Siti Aishah binti Mohd Amin. Sejak dahulu saya mengenalinya sebagai seorang yang minat menjahit dan memasak. Berikut saya siarkan maklumat pusat langsir beliau.
KUNJUNGILAH PREMIS KAMI YANG BARU DIBUKA DI
PUSAT JAHITAN [...] [...more]
Saya ingin membabarkan kepada semua sebuah pusat langsir yang diberi nama Pusat Langsir Shasya Home Deco. Ia milik kawan sekolej (KTC)dan seuniversiti (UTM). Namanya Siti Aishah binti Mohd Amin. Sejak dahulu saya mengenalinya sebagai seorang yang minat menjahit dan memasak. Berikut saya siarkan maklumat pusat langsir beliau.
KUNJUNGILAH PREMIS KAMI YANG BARU DIBUKA DI
PUSAT JAHITAN LANGSIR
SHASYA HOME DECO.
NO 645A, JALAN GANGSA 6,
TAMAN GUNUNG PULAI,
81000 KULAI, JOHOR.
HUBUNGI:
CIK CT: 013-7031456 / 017-7688114
PN UMI: 013-7738544
Yahamim: Cuma tahu beli kain langsir.
Feb 20
Lirik Di Taman Teman
Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana
Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia
Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki tamanmu
Benar indah amat indah
Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia
Walau jauh ku berlari
Walau jenuh ku [...] [...more]
Lirik Di Taman Teman
Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana
Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia
Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki tamanmu
Benar indah amat indah
Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia
Walau jauh ku berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau ke mari
Tanpa jemu dan benci
Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku
Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..
Feb 17
Di sana sini manusia di dunia ini sibuk mencipta rekod itu dan ini, begitu begini. Ada yang pelik, ada yang lucu ada yang tidak masuk akal. Namun sebenarnya umat Islam sejak dahulu lagi sudah mencipta rekod, tetapi jarang diambil perhatian.
Salah satu rekod itu dicapai melalui ibadah solat. Rekod “terpanjang”, “terlama”, “tanpa henti” dan macam-macam lagi sudah dibuat [...] [...more]
Di sana sini manusia di dunia ini sibuk mencipta rekod itu dan ini, begitu begini. Ada yang pelik, ada yang lucu ada yang tidak masuk akal. Namun sebenarnya umat Islam sejak dahulu lagi sudah mencipta rekod, tetapi jarang diambil perhatian.
Salah satu rekod itu dicapai melalui ibadah solat. Rekod “terpanjang”, “terlama”, “tanpa henti” dan macam-macam lagi sudah dibuat oleh kita. Antara yang boleh saya senaraikan adalah:
-
Sejak lebih 1400 tahun kita membuat rekod azan yang berkumandang berterusan
tanpa henti di seluruh dunia (
sila baca di sini).
-
Sejak lebih 1400 tahun program mingguan (solat Jumaat) mampu dianjurkan tanpa gagal.
-
Sejak lebih 1400 tahun kita menganjurkan program pidato mingguan paling lama (khutbah Jumaat).

Tidak keterlaluan jika rekod ini boleh dikatakan mencapai tahap angkasa raya (universe). Itulah ajaibnya ibadah solat yang diwajibkan kepada umat Islam.
Kepada semua pembaca sila tambah senarai rekod oleh solat dalam ruangan komen di bawah. Wallahualam.
Yahamim: Mesti rajin solat.
Feb 16
Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Jawa (BJ) ada banyak persamaan. Setelah sekian lama kedua-kedua bahasa ini bertembung, berlaku asimilasi yang saling memberi manfaat.
Bahasa Jawa turut menggunakan imbuhan dan akhiran dalam penggunaannya. Saya ingin berkongsi fungsi dan makna akhiran -an dalam Bahasa Jawa.
Akhiran -an membawa makna ber- dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh “salaman” dalam Bahasa Jawa bermaksud ”bersalam” [...] [...more]
Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Jawa (BJ) ada banyak persamaan. Setelah sekian lama kedua-kedua bahasa ini bertembung, berlaku asimilasi yang saling memberi manfaat.
Bahasa Jawa turut menggunakan imbuhan dan akhiran dalam penggunaannya. Saya ingin berkongsi fungsi dan makna akhiran -an dalam Bahasa Jawa.
Akhiran -an membawa makna ber- dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh “salaman” dalam Bahasa Jawa bermaksud ”bersalam” dalam Bahasa Melayu.
Hipotesis saya, penamaan buah rambutan dan durian adalah mengikut kaedah Bahasa Jawa. Rambutan (BJ) bermaksud buah tersebut berambut (BM) manakala durian (BJ) bermaksud buah tersebut berduri (BM).

Contoh-contoh lain adalah seperti di bawah:
-
Yasinan (BJ) = beryasin/membaca Yasin (BM).
-
Selawatan (BJ) = berselawat (BM).
-
Tahlilan (BJ) = bertahlil (BM).
-
Kurungan (BJ) = berbaju kurung (BM).
-
Gambaran (BJ) = bergambar (BM).
Penggunan akhiran -an bukan benar untuk semua perkataan dan bukan semua memberi makna yang sama. Hanya sesetengah perkataan pinjaman yang menepati hukum akhiran -an. Ini disebabkan Bahasa Jawa mempunyai istilah tersendiri untuk sesuatu perkataan/perbuatan yang mana tidak terikat dengan akhiran -an untuk memberi maksud yang sama.
Yahamim: Anak Jawa Malaysia.
Feb 15
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi semua ini dengan pembaca sekelian. Sekali lagi, benarlah apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Semoga rencana ini bermanfaat. Saya terimanya daripada emel.
Di sebalik Musibah
Menemui saudaraku sekelian, baru-baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka walaupun dari [...] [...more]
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi semua ini dengan pembaca sekelian. Sekali lagi, benarlah apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Semoga rencana ini bermanfaat. Saya terimanya daripada emel.
Di sebalik Musibah
Menemui saudaraku sekelian, baru-baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka walaupun dari segi sejarah memang mereka tahu Israel memang bukan milik mereka yang mutlak. Terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler semasa perang dunia ke-2. Tidak perlu saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama dihalau oleh manusia. Sejak zaman Firaun lagi berjuta-juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada satu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai dan kini muncul pula di Amerika kumpulan anti Yahudi kerana mereka telah mulai sedar yang mereka menjadi hamba di bawah telunjuk Yahudi (Proxy). Hanya masa akan menentukan peledakan yang mana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai-rama keluar dari bumi Amerika. Mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.
Setelah memantau beberapa laman web, saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkannya ke Bahasa Melayu. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita asyik mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedang Badan Dunia (UN) tidak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN), maka kaum Yahudi bertambah bongkak. Tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab di sekeliling mereka.
Tesis ini bertajuk “Why The Jews So Smart”. Sukacita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubat cara diet saya. Semoga pasangan muda dapat mengamalkannya demi melahirkan generasi yang baik.
Hakim Ma’ruf bin Haji Abdul Kadir, Universiti Massachuset, USA.
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang; kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.
1) Persiapan Zuriat
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya. Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.
2) Pemakanan
Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
3) Jangan Merokok
Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah sendiri).
4) Pendidikan Anak-anak
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah wajib. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.
Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh kanak-kanak Yahudi.
Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
5) Pendidikan Tinggi
Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan. Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta. Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan fesyen.
6) Ibadah
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.
7) Perniagaan
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul. Maka lahirlah Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.
Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda. Saya puji sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Harga rokok? Cuma $US 0.70. Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak.
Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon.
Yahamim: Sentiasa berusaha menjadi lebih bijak.