Belajar Tajwid
Jan 23
Hidup ini tidak akan habis menuntut ilmu. Ilmu yang kita sudah tahu pun bagus jika diulang banyak kali, biar lekat, biar teguh di hati dan mudah-mudahan dapat diamalkan.
Bengkel penulisan dengan Puan Ainon (sifu) akan saya hadiri dari semasa ke semasa. Kelas bahasa Inggeris sudah selesai, mungkin pertengahan tahun akan disambung untuk peringkat yang lebih tinggi.
Pesan cikgu satu sahaja, apabila sudah belajar perlu diamalkan. Saya pencinta bahasa Melayu, maka bahasa Inggeris akan saya gunakan apabila perlu (dibaca terdesak) sahaja .
Puan Ainon pula akan terus bertanya, “Bila buku akan siap?”
Dengan penuh semangat saya akan jawab, “Saya akan siapkan secepat mungkin.”
Sekarang ini saya baru berguru dengan Cikgu Nasharudin, belajar tajwid. Saya hendak betulkan bacaan yang pekat Melayunya kepada bunyi yang lebih Arab (murninya hasrat) selain faham hukum tajwid.
Saya suka betul kelas ini kerana hari pertama sudah diajar hukum tajwid untuk surah kesukaan saya. Surah apa? Surah Yusuf. Sebab apa? Mana boleh cerita, sangat peribadi (buat masa ini sahaja).
Mudah-mudahan tahun ini makin banyak ilmu yang ditimba dan makin bertambah amalan. Amin.
Yahamim: Tidak berani masuk Akademi Al-Quran. Pencarian Lelaki Melayu di Tv 9 mungkin saya akan pergi, itu pun jika ada.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz