Salam Ya Hamim


Penunggang Motorsikal Di KL


Jan 21

Sudah lebih 7 bulan saya menjadi penunggang motorsikal di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Keluar rumah seawal mungkin selepas subuh dan pulang lewat petang adakalanya melewati waktu Isyak sudah menjadi rutin.

Baru-baru ini saya dapati jalan raya luar biasa sibuknya, lebih-lebih lagi apabila sekolah sudah dibuka dan minyak sudah turun harga. Waktu pagi perlu keluar sebelum jam 7 jika tidak mahu bersesak-sesak.

Ada beberapa trend penunggang motorsikal yang dapat saya perhatikan:

  1. Penunggang yang saya potong kebanyakannya individu tetapi yang memotong saya kebanyakannya pasangan suami isteri. Saya tertanya-tanya juga mengapa mereka gemar menunggang laju.
  2. Penunggang yang keluar sebelum 7 pagi lebih gemar memecut laju.
  3. Penunggang yang keluar selepas 7 pagi sederhana kelajuannya.
  4. Pulang kerja; terus balik apabila tamat waktu bekerja atau tunggu sehingga hampir maghrib. Antara waktu itu jalan sangat sesak!

Bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya, pengguna perlu tahu banyak jalan. Saya sebagai contoh untuk berulang-alik antara Subang-KL mempunyai empat laluan berbeza tetapi saya lebih gemar melalui Damansara (Penchala Link) kerana lebih selesa dan lengang.

Yahamim: Beli kereta apabila sudah benar-benar kaya.

Comments (4)