Salam Ya Hamim


Belajar Tajwid


Jan 23

Hidup ini tidak akan habis menuntut ilmu. Ilmu yang kita sudah tahu pun bagus jika diulang banyak kali, biar lekat, biar teguh di hati dan mudah-mudahan dapat diamalkan.

Bengkel penulisan dengan Puan Ainon (sifu) akan saya hadiri dari semasa ke semasa. Kelas bahasa Inggeris sudah selesai, mungkin pertengahan tahun akan disambung untuk peringkat yang lebih tinggi. 

Pesan cikgu satu sahaja, apabila sudah belajar perlu diamalkan. Saya pencinta bahasa Melayu, maka bahasa Inggeris akan saya gunakan apabila perlu (dibaca terdesak) sahaja .

Puan Ainon pula akan terus bertanya, “Bila buku akan siap?”

Dengan penuh semangat saya akan jawab, “Saya akan siapkan secepat mungkin.”

Sekarang ini saya baru berguru dengan Cikgu Nasharudin, belajar tajwid. Saya hendak betulkan bacaan yang pekat Melayunya kepada bunyi yang lebih Arab (murninya hasrat) selain faham hukum tajwid.

Saya suka betul kelas ini kerana hari pertama sudah diajar hukum tajwid untuk surah kesukaan saya. Surah apa? Surah Yusuf. Sebab apa? Mana boleh cerita, sangat peribadi (buat masa ini sahaja). 

Mudah-mudahan tahun ini makin banyak ilmu yang ditimba dan makin bertambah amalan. Amin.

Yahamim: Tidak berani masuk Akademi Al-Quran. Pencarian Lelaki Melayu di Tv 9 mungkin saya akan pergi, itu pun jika ada.  

Comments (6)

Ucapan Bahasa Inggeris


Jan 22

Tahun lepas selama enam bulan saya dan kawan-kawan mengikuti kursus pengukuhan bahasa Inggeris. Hari ini semasa Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah MyIPO, kami diberikan sijil sebagai tanda secara rasmi tamat belajar. Kiranya ala-ala majlis konvokesyenlah.

Tiga orang pelajar telah dipilih untuk memberi ucapan dalam bahasa Inggeris di hadapan semua kakitangan MyIPO. Salah seorang daripadanya adalah saya. Kriteria pemilihan saya tidak tahu; mungkin berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang kelas atau yang cemerlang dalam pengucapan awam. Wallahualam.

Ada beberapa ciri yang ada saya dapati ada pada ketiga-ketiga orang yang terpilih ini.

  1. Sudah biasa menjadi pengacara majlis.
  2. Mempunyai nada suara yang tenang dan stabil.
  3. Boleh mengatasi ketakutan di atas pentas dengan baik.

Saya juga mengesan orang yang selalu menjadi pengacara mempunyai suara yang baik, intonasi yang tenang dan boleh bercakap dalam bahasa yang kemas.

Terfikir-fikir juga, perkara ini disebabkan mereka biasa bercakap di hadapan orang ramai atau terbina setelah sekian lama bercakap di khalayak ramai. Mungkin juga ia datang secara serentak.

Yahamim: Masih menyimpan cita-cita menjadi pengacara TV.

Comments (4)

Penunggang Motorsikal Di KL


Jan 21

Sudah lebih 7 bulan saya menjadi penunggang motorsikal di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Keluar rumah seawal mungkin selepas subuh dan pulang lewat petang adakalanya melewati waktu Isyak sudah menjadi rutin.

Baru-baru ini saya dapati jalan raya luar biasa sibuknya, lebih-lebih lagi apabila sekolah sudah dibuka dan minyak sudah turun harga. Waktu pagi perlu keluar sebelum jam 7 jika tidak mahu bersesak-sesak.

Ada beberapa trend penunggang motorsikal yang dapat saya perhatikan:

  1. Penunggang yang saya potong kebanyakannya individu tetapi yang memotong saya kebanyakannya pasangan suami isteri. Saya tertanya-tanya juga mengapa mereka gemar menunggang laju.
  2. Penunggang yang keluar sebelum 7 pagi lebih gemar memecut laju.
  3. Penunggang yang keluar selepas 7 pagi sederhana kelajuannya.
  4. Pulang kerja; terus balik apabila tamat waktu bekerja atau tunggu sehingga hampir maghrib. Antara waktu itu jalan sangat sesak!

Bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya, pengguna perlu tahu banyak jalan. Saya sebagai contoh untuk berulang-alik antara Subang-KL mempunyai empat laluan berbeza tetapi saya lebih gemar melalui Damansara (Penchala Link) kerana lebih selesa dan lengang.

Yahamim: Beli kereta apabila sudah benar-benar kaya.

Comments (4)

Pilihan Raya Kampus UTM Skudai


Jan 20

Calon PAS yang memenangi pilihan raya kecil di Terengganu tentu sedang sibuk merencana agendanya. Kampus seluruh Malaysia juga sedang hangat dengan pilihan raya peringkat kampus. Saya mengikuti juga perkembangan ini dari jauh terutamanya UTM.

Sebagai bekas pelajar, saya sentiasa berharap UTM mampu melahirkan mahasiswa yang tidak beku dan hanya mengikut telunjuk orang. Bukan mengikut telunjuk yang menjadi masalah tetapi mengikut telunjuk siapa yang lebih bermasalah.

Telunjuk arus perdana saya lihat calonnya lesu dan tiada hala tuju. Kelebihan mereka punya sumber kewangan dan sokongan dari pihak atasan yang kuat. Berbeza dengan mahasiswa yang sedar sendiri dari celah-celah kehidupan yang mereka lalui, mereka lebih teguh dengan pendirian.

Sila baca blog ketua jentera ProMahasiswa (mantan JKM KTC dan MPP UTM).

Yahamim: Tidak pernah bertanding dalam pilihan raya.

Comments (1)

Mereka Menyokong Palestin


Jan 13

Isu Palestin bukan isu setempat,

Isu Palestin isu umat,

Isu Palestin bukan isu orang ISLAM,

Isu Palestin isu kemanusiaan.

 

free_palestine_poster_ii_by_autaautistik

“This is how I understand the struggle. To stand steady likes pears and vecer give up.”

 

palestin

Free Palestine

 

Palestine always in our hearts

 

Biarkan aku jadi orang Palestin

Palestine

Free Palestine

 

Use your freedom ti free Palestine 

 

Free Palestine Now

 

Free Palestine!

 

Arab Hip Hop in Full Effect

Yahamim: Tetap menyokong Palestin

Comments (0)

Strategi Flanking Dalam Surah Yusuf


Jan 13

Ketahui apa itu strategi flanking yang telah dipelopori oleh Nabi Yaakub as yang dinyatakan dalam Surah Yusuf. Ketahui juga apa strategi flanking syarikat peneribitan PTS dan orang Turki. Dipaparkan juga bagaimana Yeos menyaingi Coca Coca dengan menggunakan strategi flanking. Baca di sini.

Yahamim: Guna strategi flanking untuk menulis blog dan buku. 

Comments (0)

Boikot Tetapi Kita Yang Terjejas?


Jan 13

Semalam (Isnin, 15 Muharam) saya mengikuti Timbalan Ketua Pengarah (TKP) saya bermesyuarat di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Putrajaya. Selesai bermesyuarat mereka berbincang-bincang isu Palestin dan Israel yang saban hari menyayat hari banyak umat manusia. Satu isu yang menarik perhatian saya dalam perbualan mereka adalah isu boikot yang dilancarkan media.

Puan TKP menyebut dua produk yang ada kaitan dengan Israel, tetapi apabila diboikot kesannya turut dirasai oleh rakyat Malaysia iaitu Coca Cola dan McDonald.

Di Malaysia, seramai 1700 rakyat Malaysia dan 60% daripadanya Islam yang menjadi pekerja  Coca Cola. Coca Cola menyatakan boikot oleh Malaysia akan menjejaskan ekonomi.  Baca butirannya di sini. 

Begitu jugalah keadaannya dengan McDonald, ramai pekerjanya di kalangan orang Islam. Saya dimaklumkan pembekal ayam untuk McDonald (dan KFC) adalah Johor Corporation (J-Corp) milik Malaysia.

Banyak juga kritikan terhadap idea boikot ini. Antaranya boleh baca di sini.

Sebenarnya di sinilah saya nampak rasional idea Persatuan Pengguna Malaysia yang menganjurkan boikot terpilih (Coca Cola, Starbucks dan Colgate). Mereka memilih untuk boikot tiga produk dahulu. Usaha boikot perlu menyeluruh iaitu pembeli berhenti membeli (membeli produk lain), pekerjanya mencari pekerjaan lain (mereka ini perlu pekerjaan lain sebagai ganti) dan tidak membuat pelaburan baru yang menyumbang kepada tiga jenama tersebut.

Pengajaran terbesar adalah kita perlu membangunkan ekonomi dan produk sendiri. Oleh itu usaha boikot akan lebih berkesan apabila kita tidak perlu terikat dengan kemungkinan yang disebutkan di atas.

Yahamim: Guna ubat gigi Mukmin, sudah lama tidak minum air berkarbonat dan tidak pernah ke Starbucks.

Comments (1)

Entry Popular Di Blog Ini Sepanjang 2008


Jan 13

Sangat sangat berterima kasih kepada semua pembaca kerana menyokong blog ini. Di sini saya senaraikan entry paling popular yang paling banyak dibaca sepanjang 2008. Ia disusun mengikut susunan yang paling popular. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua.

Yahamim: Ini tahun senarai blog paling popular sepanjang 2008.

Comments (0)

Apabila Paderi Buka Rahsia


Jan 09

Satu perkongsian yang baik. Sila baca di sini.

Yahamim: Banyak simpan rahsia, jangan sampai terbuka.

Comments (0)