Salam Ya Hamim


Salam Maal Hijrah 1430H


Dec 30

Tiada kata-kata dan azam yang hebat-hebat sempena tahun baru hijrah (1430) daripada saya. Bagi saya setiap hari adalah tahun baru. Azam sentiasa diperbaharui dan usaha sentiasa digandakan setiap hari. Cukup saya memegang semangat “hari ini lebih baik daripada semalam” sebagai pegangan hidup. Juga meminjam semangat “kaizen” iaitu perubahan yang berterusan setiap hari.

Ada kisah sedih yang berlaku kepada saya pada petang 1 Muharam. Perancangan mengulang bacaan novel “1511H [Kombat]“ tulisan Faisal Tehrani terbantut. Saya terperangkap di dalam bilik air selama tiga jam! Semuanya gara-gara tombol pintu yang rosak. Saya pasrah dengan apa yang terjadi. Syukur diberi ujian kesabaran sempena menyambut tahun baru.

SMS Maal Hijrah 1430H

Dari kiri: Hamim, Sulaiman, Shahrin dan Hafiz (depan).

SMS yang saya kirim kepada sahabat-sahabat (maaf tidak dapat hantar kepada semua orang). “Salam. Perbaharui azam dan perbaiki diri setiap hari. Moga jadi muslim berkualiti. Selamat menyambut maal hijrah.”

Berikut adalah antara SMS yang diterima daripada sahabat-sahabat. Terima kasih saya ucapkan.

“Assalamualaikum. Selamat menyambut awal Muharram. Mohon maaf sekiranya ada salah, silap dan terluka di hati. Moga tahun baru ini penuh dengan keberkatan dan redha Ilahi. Wallahualam.” Aryani Putri Akmal (aryani@myipo.gov.my).

“Salam maal hijrah.” Sulaiman Mohammad (msulaiman@myipo.gov.my).

“Terima kasih. Insya Allah. Moga azam dan diri semakin segar mengiringi perjuangan sebagai seorang Muslim. Amin.” Nur Ainul Yaqeen Ahmad.

“Assalamualaikum. Salam maal hijrah. Semoga tenang untuk berhijrah. Kita perlu berhijrah.” Mohd Hafiz Azmi.

“Salam Maal Hijrah 1430. A new year, a new start, a new chapter, a new beginning. May the blessings of Allah swt fill our life with happiness and open all doors of success.” Mohd Shahrin Shaharuddin (shahrin@myipo.gov.my). Wah, wah, cakap mat salleh engkau! 

Akhir kata, selamat menyambut maal hijrah 1430H dan selamat maju jaya!

Yahamim: Banyak perancangan sempena tahun 1430H.

Comments (1)

Selamatkan Dunia


Dec 16

Selamatkan dunia ini dari peperangan
Selamatkan dunia ini dari kehancuran
Selamatkan anak-anak dari kebuluran
Selamatkan dunia? selamatkanlah ohh?

Kedamaian terbina dari rahmat keamanan
Kebahagiaan terbina dari nimkat perpaduan
Kemajuan tercipta dari usaha pembangaunan
Kasih sayang penghubung kita semua ohh?

Mari kita berganding
Menuju hidup yang sempurna
Bersamalah kita bina
Masyarakat

Saling hormat menghormati sesama kita
Tua muda miskin kaya usahlah dibeza
Semua bangsa dan agama

Sifat warga yang berhemah
Amal pekerti mulia
Hindari persengketaan
Kekalkan keharmonian

Anak muda dan remaja
Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya

Memang payah
Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama

Yahamim: Selamatkan bukit-bukau dan gunung-ganang di Malaysia daripada digondolkan

Comments (0)

Bukit Antarabangsa


Dec 15

Bukit Antarabangsa adalah kawasan perumahan di kawasan berbukit yang terkenal di Ulu Kelang, Selangor. Di situlah terletaknya Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama. Ia digelar Beverly Hill Malaysia kerana ramai selebriti dan atris terkenal tinggal di sana. Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Yusuf Haslam, Hani Mohsin (sehingga 2006) dan ramai lagi. Tidak kurang juga orang kenamaan bertaraf datuk, dato’ dan tan sri tinggal di sana. Komuniti Bukit Antarabangsa mempunyai laman mereka sendiri iaitu www.antarabangsa.net.

Bacaan Lanjut

Yahamim: Suka duduk di tempat tinggi tetapi tidak suka menggondolkan bukit.

Comments (0)

Tanah Runtuh


Dec 15

Ringkasan rancangan Halaqah yang disiarkan di TV 9, Dekat Di Hati dengan tajuk “Tanah Runtuh”. 

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia. Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka itu kembali (ke jalan yang benar).” Ar-Rum, 41

Pengajaran ayat:

  • Setiap bencana ada sebab musababnya. Sebab terbesar adalah manusia membuat maksiat dengan merosakkan alam. Bencana disebabkan manusia ada dua punca (i) manusia mencari masalah (ii) manusia mencipta masalah.
  • Ia merupakan ancaman daripada Allah. Manusia tidak berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Hanya Allah yang selamat kedudukannya.
  • Panduan kepada semua (i) bersedia dengan kekuatan iman dan ibadah (ii) Muhasabah semula iman kita selepas ditimpa musibah (iii) ingatan kepada manusia supaya kembali kepada Allah.

Bencana Alam atau Bencana Ciptaan?

Islam dan Al-Quran sebenarnya telah mendahului zaman dalam mencegah tanah runtuh dan bencana ciptaan.

  • Rasulullah pernah bersabda bumi adalah umpama masjid. Simboliknya masjid adalah tempat solat. Tempat solat perlu dipelihara kebersihannya dan dipelihara daripada sebarang kerosakan serta mudarat.
  • Rasulullah juga mengungkapkan bahawa Uhud menyayangi baginda dan baginda juga mengasihi Uhud. Sebagai tanda sayang perlu saling menjaga. Maka alam dan bukit-bukau perlu dijaga.
  • Jika kiamat datang dan di tangan ada benih pokok, maka tanamlah pokok tersebut.

 Ada 6 sebab berlaku tanah runtuh (1) Hakisan tanah secara semula jadi (2) Letusan gunung berapi (3) Gempa bumi (4) Penggondolan hutan yang berlebihan (5) Pembangunan (6) Kecuaian. Sebab (1) – (3) tidak dapat dielak tetapi sebenarnya Malaysia tidak mengalaminya. Kebanyakan tanah runtuh di Malaysia adalah disebabkan sebab (4) – (6). Soalannya apa yang kita buat, ceroboh atau membangunkan?

Zalim Kepada Alam Itu Kufur.

  • Tidak semestinya keluar daripada Islam adalah kufur. Tidak mensyukuri nikmat Allah juga kufur.
  • Kenal betul-betul nikmat Allah iaitu alam sekitar yang seimbang.
  • Diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman yang bermaksud, “maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
  • Surah Ibrahim ayat 7, “dan ingatlah ketika tuhan kamu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu maka pasti azabKu sangat pedih.”

Penyelesaian.

Perlu kepada sinergi 3 perkara:

  1. Akidah – langit dan bumi adalah milik Allah. Manusia tidak boleh memandai-mandai salah guna sesuatu yang bukan miliknya.
  2. Khalifah – Khalifah adalah wakil. Mereka perlu memahami batas dan kehendak pihak yang mewakilkannya bukan ikut nafsu sendiri.
  3. Amanah – semua pihak; pemaju, kontraktor dan sebagainya perlu amanah dengan tanggungjawab. Istilah modennya adalah integriti.

Yahamim: Malaysia tidak sudah-sudah mengadah selepas terhantuk. Tidak pernah belajar daripada kesilapan.

Comments (0)

Soal Selidik Perihal Johor


Dec 13

Saya sekadar ingin tahu apa yang anda tahu tentang Johor. Cuma jawab soalan mudah berikut. Sila berikan lima jawapan untuk setiap soalan.

  • Apakah mercu tanda yang anda tahu ada di Johor? (bangunan, tugu atau mana-mana binaan yang kekal). 5 jawapan.
  • Apakah budaya dan cara hidup Johor yang anda tahu? (muzik, tarian, cara hidup dalam masyarakat dan lain-lain). 5 jawapan.
  • Makanan masakan/makanan di Johor yang anda tahu? 5 jawapan.

Saya nantikan jawapan anda. Sila emelkan ke hamimnasoha@yahoo.com atau yahamim@gmail.com.

Terima kasih.

“Malaysia kaya dengan bahasa dan budaya.”

Yahamim: Orang Johorlah.

Comments (0)

Burung Kakak Tua


Dec 13

Mamat mengajak seorang rakan ke rumahnya. Sampai di muka pintu, mereka disapa oleh satu suara. “Mamat sudah balik. Mamat sudah balik.”

Rakan Mamat ternganga. “Wah, burung kakak tua ini boleh bercakap!” Mamat sekadar menjawab, “itu sahaja yang dia tahu. Entah faham entah tidak maknanya.”

 * * *

Bahasa terbaik adalah bahasa ibunda. Tidak perlu diajar, tidak perlu dipaksa mereka faham dan boleh menuturkannya. Tinggal lagi jika diasah pasti lebih menyerlah. Anak-anak kita sejak kecil petah bercakap. Sejak kecil juga menyelesaikan kerja sekolah sangat cekap. Kini mereka terkial-kial dan jadi pendiam. Bengap?

“Adik, 25 darab 2 berapa?”. Pantas sahaja mereka menjawab, “50!”.

Tapi kini. “Adik, 5 times 2 equal to what?” Entah apa akan dijawabnya. Mungkin diam berfikir. Mungkin juga tidak hirau, terus leka bermain.

Umpama burung kakak tua atau apa jua jenis burung, mereka hanya boleh bercakap mengikut skrip. Makna tidak tahu. Diputar skrip jadi libang libu. Mungkin Pak Menteri suka anak kita jadi begitu. Daripada bersikap ingin tahu terus menjadi dungu.

Biarkan mereka belajar dengan apa yang mereka tahu (Bahasa Melayu). Apabila sudah menjadi cerdik pandai tahulah mereka bahasa apa yang mereka perlu.

“Malaysia kaya dengan bahasa dan budaya.”

Yahamim: Jawab soalan dalam periksa dalam Bahasa Melayu.

Comments (0)

Susu Kacang Soya


Dec 10

Umum mengetahui bahawa sus kacang soya baik untuk tubuh. Ia membekalkan protein. Namum ramai yang tidak mengetahui ada waktu tertentu kita perlu mengelak daripada meminumnya.

Minuman kacang soya baik diambil ketika hari panas. Ia mampu memberikan nutrien kepada tubuh, selain protein mampu diserap dengan baik oleh tubuh.

Walau bagaimanapun, elakkan daripada meminumnya ketika hari mendung atau hujan. Tubuh tidak mampu untuk menyerap protein ketika itu. Selepas beberapa lama, aa akan mengakibatkan penyakit yang dipanggil “GOUT” atau “Urin berasid tinggi” kesan protein yang terlalu tinggi dalam tubuh.

Penyakit ini menyebabkan kesakitan pada sendi lutut. Kesakitan ini boleh dikawal dengan mengawal pengambilan makanan berprotein dan ubat-ubatan. Makanan yang perlu dijauhi bagi mencegah diserang gout adalah seperti kacang soya, ikan bilis, brokoli, bayam, kekacang, organ binatang dan lain-lain.

Makanan secara keseluruhannya adalah baik dan mampu menjadi ubat kepada tubuh. Apa yang penting adalah amalkan pengambilan yang betul selain senaman secara tetap dan kerap.

“Pengguna Bijak Faedahnya Banyak”

Yahamim: Suka makan hasil kacang soya, tempe. 

Comments (1)

Cerdik Pandai Yahudi


Dec 04

Baca fakta-fakta sumbangan cerdik pandai Yahudi kepada dunia. Saya sudah terjemah ke dalam Bahasa Melayu. Kita harapan generasi akan datang untuk masa depan yang lebih baik.

sumbangan-cerdik-pandai-yahudi-kepada-dunia

Baca rencana asal

 

Comments (0)

Kawan Bukan Melayu


Dec 02

Kawan Pertama

Suatu hari saya duduk berbual-bual dengan rakan saya, Lee Wee Lim. “Wee Lim, bagaimana kau boleh fasih berbahasa Melayu?”

Lee Wee Lim menjawab. “Aku tinggal di kawasan yang ramai Melayu di Melaka,” katanya, “kawan-kawan pun ramai Melayu sebab aku bersekolah di asrama.”

Lee Wee Lim menambah, “bahasa Melayu abang aku lebih baik daripada aku. Dia mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.”

“Patutlah.”

Kawan Kedua.

Pada suatu petang saya berbual-bual dengan seorang sahabat, Taufik. “Saya kagum betul lihat Choy Meng On. Serasi berkawan dengan orang Melayu. Tidak canggung untuk makan talam.” Makan talam bermaksud makanan yang dihidang di dalam talam dan dimakan beramai-ramai. “Orang Melayu sendiri ada yang canggung.”

Taufik membalas, “semasa bulan Ramadhan dia belajar-belajar juga berpuasa. Tetapi puasa sekerat hari sahaja sebab tidak tahan lapar.”

Saya hanya tersenyum. “Alah bisa tegal biasa.” 

Yahamim: Suah biasa makan nasi ambeng. Ambeng maksudnya talam juga.

Comments (1)