Syawal lalu ada banyak sangat undangan ke majlis-majlis yang tujuannya pelbagai. Antara yang boleh dikongsi ialah Jamuan Penghargaan Astana dan Jamuan Gema Hari Raya (GEHARA) di kolej kediaman saya yang tercinta. Astana adalah salah satu program tahunan kolej saya. Mudahkan cerita, Astana adalah hari keluarga kolej. Saya pun pernah menjadi pengarah Astana. Sempena Syawal ni, satu jamuan penghargaan telah dibuat untuk para AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program itu. Peranan saya? Sayakan orang penting kolej (tak lama lagi nak pencen). Saya juga jadi penerbit untuk satu “gameshow“, Warna-Warni Bahasa.
Warna-Warni Bahasa ni saya terbitkan sebagai satu revolusi program yang sedia ada. Lagipun sebagai seorang pencinta bahasa, saya perlu cari jalan untuk memartabatkannya. Hadiahnya sangat lumayan, berbentuk wang tunai. Tempat pertama RM 150, tempat kedua RM 100, tempat ketiga RM 50 dan 7 hadiah saguhati. Sesiapa yang berminat nak bawa program ni ke kolej atau tempat kerja dia boleh hubungi saya, tetapi masti ada royalti untuk saya.
Bergambar bersama-sama saya (kanan) ialah Afiq (kiri) pengacara Warna-Warni Bahasa dan Munir (tengah) juara pertandingan.
Majlis yang kedua adalah jamuan hari raya kolej, Gema Hari Raya (GEHARA) 2007. Terharu rasanya kerana nama yang sama telah gunakan semasa menjadi pengarah program tu tahun 2005. Tapi kedua-dua majlis saya pakai baju yang sama. Maklum la kalau ada 10 jamuan, tak kan nak sediakan 10 pasang baju. Sebenarnya tahun ni saya tempah 2 pasang baju, tapi sepasang lagi tak siap lagi (sebenarnya tak amik lagi dari kedai). Raya dah lepas, malas nak ambil. Siapa suruh dia jahit lambat sangat. Raya haji nanti saya ambil la.



Akademi Latihan Penerbitan PTS
Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Irhafiz

